Isnin, 23 Julai 2012

SIMPANAN BULANAN UNTUK DAPATKAN RM500,000 UNTUK PERSARAAN



Apakah persediaan untuk menghadapi persaraan? suidah bersediakah kita dengan simapan bulanan yang kita lakukan hari ini untuk mendapatkan RM 500, 000.00 pada hari persaraan kita ketikia usia menjangkau 65 tahun?

Untuk mendapatkan RM 500,000.00 menjangkau usia 65 tahun, sebenarnya bukanlah pada usia 55 @ 60 tahun baru kita menyimpan, tetapi persediaan menghadapi persaraan perlu dilakukan mulai hari ini. terutama bagi anda golongan muda dalam lingkunga 20 ke 25 tahun. Kenapa begitu? Simpanan bulanan yang anda lakukan sebanyak 10% dari pendapatan anda pada usia yang muda membuatkan anda menjadi Millionaire pada masa persaraan anda.

Kerana pada usia yang muda anda perlu membuat regular saving pada jumlah yang sedikit berbanding sekiranya anda mula menabung pada usia yang sudah lebih berumur seperti 40 @ 50 tahun.




Contoh di atas menjelaskan bahawa sekiranya kita memerlukan RM 500,000.00 pada usia persaraan 65 tahun, kita hanya perlu membuat simpanan bulanan RM 78.41 bermula pada usia 25 tahun. Tetapi simpanan bulanan kita akan meningkat 3x ganda lebih tinggi iaitu RM 219.36 sekiranya kita baru mula menyimpan pada usia 35 tahun. Apatah lagi sekiranya usia kita telah meningkat pada 45 tahun, kita perlu membuat simpanan bulanan yang lebih tinggi iaitu lebih 8x ganda bersamaan RM653.00 sebulan.


Manakala Simpanan bulanan kita akan lebih tinggi sekiranya kita baru bermula untuk membuat simpanan pada usia 55 tahun iaitu lebih dari 31x ganda berbanding kita mula menyimpan pada usia 25 tahun. Pengiraan ini sekadar anggaran kasar yang di kira pada kadar 10% kadar keuntungan tahunan. Cuba anda bayangkan berapa anda akan dapat sekiranya keuntungan tahunan itu lebih tinggi dari 10% ! Contoh seperti Kenanga Syariah Growth Fund (KSGF) memberi pulangan tahun 2011 16.93%. Sekiranya anda berminat ketahui lebihlanjut lagi hubungi saya di 012-3970089 @ abumawaddah@gmail.com







Tiada ulasan:

Catat Ulasan