KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Kenanga Growth Fund, dana 
Kenanga
Investors Bhd (KIB) merangkul anugerah Prestasi Terbaik Dana Ekuiti Malaysia 
di
majlis Anugerah Dana The Edge-Lipper Malaysia 2013. 
KIB, anak syarikat milik penuh K&N Kenanga Holdings Bhd menerusi 
Kenanga
Investment Bank Bhd, menyapu bersih kesemua ketiga-tiga kategori bagi 
kategori
tiga tahun, lima tahun dan 10 tahun dalam segmen Ekuiti Malaysia di 
majlis
anugerah berprestij itu. 
Kenanga Growth Fund, bagi tempoh yang berakhir pada 31 Dis, 2012,
mencatatkan pulangan prestasi 82.34 peratus, 82.97 peratus dan 321.76 
peratus
masing-masing bagi tempoh tiga tahun, lima tahun dan 10 tahun berbanding 
purata
industri pada 35.56 peratus, 27.17 peratus dan 164.71 peratus. 
"Ini merupakan pencapaian penting bagi Kenanga Group kerana anugerah itu
mencerminkan prestasi cemerlang pasukan pengurusan dana kami," kata Chay 
Wai
Leong, Pengarah Urusan Kumpulan K&N Kenanga Holdings, dalam satu 
kenyataan, di
sini, hari ini.
"KIB terus berkembang kukuh dan kemenangan anugerah ini, ditambah dengan
cadangan penggabungan dengan ING Funds Bhd mengukuhkan lagi komitmen 
kumpulan
kepada pasaran," katanya. 
Anugerah Dana The Edge-Lipper Malaysia itu merupakan acara tahunan utama
yang dianjurkan oleh The Edge Malaysia untuk mengiktiraf dana saham amanah 
yang
mencatatkan prestasi cemerlang di negara ini. 
-- BERNAMA
 


 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan