Ahad, 6 November 2016

KWSP TETAPKAN RM228,000 SASARAN SIMPANAN MINIMUM UMUR 55 TAHUN

KWSP TETAPKAN RM228,000 SASARAN SIMPANAN MINIMUM UMUR 55 TAHUN

Kuantum Baharu Simpanan Asas Bermula Januari 2017
KUALA LUMPUR, 30 September 2016: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan bahawa kuantum baharu Simpanan Asas akan dinaikkan daripada RM196,800 kepada RM228,000 bermula 1 Januari 2017. Jumlah ini akan ditetapkan sebagai jumlah sasaran simpanan minimum ahli perlu ada apabila mencecah umur 55 tahun.
Simpanan Asas merujuk kepada jumlah simpanan yang mencukupi untuk menampung kos persaraan asas apabila mencapai umur 55 tahun. Kuantum baharu ini (rujuk Jadual 1) ditanda aras dengan kadar pencen minimum pekerja sektor awam yang telah dinaikkan dari RM820 kepada RM950 sebulan dari umur 55 hingga 75 tahun.
Ketua Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP Nurini Kassim berkata, “Kuantum Simpanan Asas ini disemak secara berkala berdasarkan kadar pencen minimum pekerja sektor awam setiap tiga tahun atau yang mana terdahulu. Semakan kali terakhir telah dibuat pada 2014. Dengan mengambil kira faktor kenaikan kos sara hidup, jangka hayat yang semakin panjang dan peningkatan kadar inflasi, KWSP mengambil keputusan untuk menaikkan Simpanan Asas RM228,000 dari RM196,800.
“Semakan semula Simpanan Asas ini memerlukan ahli untuk mempunyai simpanan yang lebih tinggi dalam akaun KWSP untuk membolehkan mereka layak menyertai skim SPA-KWSP. Skim ini memberikan ahli pilihan untuk meningkatkan simpanan persaraan mereka melalui pemindahan sebahagian simpanan dari Akaun 1 untuk dilaburkan dalam dana unit amanah atau mandat peribadi oleh Institusi Pelaburan Dana (IPD) yang dilantik di bawah SPA-KWSP.”
Nurini menerangkan bahawa Simpanan Asas ini digunakan sebagai panduan kepada ahli untuk menentukan jumlah yang boleh dipindahkan untuk pelaburan di bawah skim ini.
Bermula 1 Januari 2017, jumlah simpanan yang layak dilaburkan di bawah SPA-KWSP dinaikkan tidak melebihi 30 peratus melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1 dari kadar semasa 20 peratus.
“Sebelum menyertai skim ini, ahli perlu rujuk kepada prospektus dan dokumen pendedahan untuk memahami produk pelaburan serta digalakkan berunding dengan penasihat kewangan terlebih dahulu. Ahli yang mempunyai i-Akaun juga boleh rujuk kepada Portal Informasi SPA-KWSP untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai dana unit amanah di bawah skim ini serta IPD yang mengurus dana-dana tersebut,” kata Nurini.




Sabtu, 11 Jun 2016

Sekuriti Patuh Syariah Terkini Oleh Majlis Penasihat Syariah SC

Senarai Kemaskini Sekuriti Patuh Syariah terkini Oleh Majlis Penasihat Syariah SC.  Kepada sahabat-sahabat pelabur yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut senarai Sekuriti Patuh Syariah boleh melayari link yang saya kemukakan di bawah. Moga bermanfaat untuk kita bersama.


 

 


Jumaat, 27 Mei 2016

KIB TELAH MENGUMUMKAN KEUNTUNGAN PADA 16 MAY 2016

Kenanga Investors Berhad (“Kenanga Investors”) declared income distributions for nine of its unit trust funds with distribution yield ranging from 5%-9%1 for respective funds as at 16 May 2016.
 
 
 
 
 

Jumaat, 26 Februari 2016

FIMM SARAN MELABUR DALAM UNIT TRUST & PRS

Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia (FIMM) adalah organisasi pengawal seliaan sendiri yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Kita disaran agar melabur secara agresif dalam Unit Amanah & Skim Persaraan Swasta (PRS) sebagai persediaan menghadapi usia emas nanti.
 Inilah waktu yang sesuai untuk membeli Unit Amanah dan PRS kerana pasaran ketika ini adalah rendah FIMM terus memastikan bahawa perlindungan pelabur, keyakinan dan integriti pasaran dapat diteguhkan dan dalam masa yang sama menyokong pertumbuhan pelaburan Unit Amanah dan PRS
 
 
 
 

Isnin, 9 November 2015

BONUS DARI CEO UNTUK PENGARAH- PENGARAH URUSAN


Alhamdulillah bersyukur oada Allah kerana pada hari ini di beri kesempatan dan kelapangan masa untuk bertemu dengan 4 orang sahabat yang hebat dalam perniagaan mereka.

Kesempatan pertemuan yang telah diatur dalam masa yang singkat kerana sebelum ini telah beberapa tarikh tidak dapat temukan kerana kesibukan mereka dalam perniagaan.

Akhirnya kami ketemui waktu 1 jam sahaja di peruntukkan setibanya mereka dari Negara Berunai Darus Salam dalam mengembangkan perniagaan mereka.

Atas berita gembira, hasil penat lelah & usaha ketas yang dijalankan akhirnya empayar mereka telah dapat dijembangkan ke Negara Berunai.

Natijahnyer semua pengarahburusan pun di berikan bonus setiap seorang RM...... yang dibayar dalam bentuk investment ke dalam Unit Trust Kenanga Syariah Growth Fund.
 



 

Isnin, 14 September 2015

BERSEDIA MENGHADAPI TURUN NAIK DALAM PASARAN


 
Pelabur-pelabur dinasihatkan agar memperuntukkan sebahagian kecil portfolio bagi aktiviti jual beli runcit bagi menghadapi keadaan pasaran saham yang turun naik ketika ini.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Kenanga Investors Bhd. (KIB), Ismitz Matthew De Alwis berkata, para pelabur juga disaran mengambil pendekatan jangka masa panjang apabila melakukan pelaburan kerana ia dapat membantu mereka menangani ketidaktentuan dan pergolakan pasaran saham ketika ini.

 

“Adalah penting bagi pelabur untuk meletakkan sebahagian besar portfolio dalam dana amanah saham untuk pelaburan jangka panjang kerana ia diuruskan oleh pengurus dana profesional dan kurang berisiko jika dibandingkan dengan saham,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

 

Menurut beliau, masalah besar bagi sesetengah pelabur adalah cepat bertindak mengikut emosi dengan menjual saham untuk te-rus keluar daripada pasaran.

 

“Kita sedia maklum pasaran saham ketika ini kurang kukuh namun jika mereka bertindak secara tergopoh-gapah dengan menjual saham-saham mereka, berkemungkinan besar ia akan merugikan.

 

“Satu daripada prinsip pelaburan ialah untuk membeli saham semasa harga rendah dan menjualnya ketika harga tinggi dan strategi terbaik pelaburan adalah untuk tidak panik dan selalu berfikiran rasional,” katanya.

 

Dalam pada itu Matthew berkata, jumlah aset di bawah pengurusan (AUM) KIB kini berjumlah RM6.7 bilion yang kebanyakannya adalah aliran dana baharu.

 

Beliau berkata, KIB akan terus memberi fokus terhadap inovasi dan pembangunan produk dengan memperkenalkan beberapa lagi produk baharu antaranya dana patuh syariah.

 

“Selain itu kami berhasrat untuk menambah satu lagi portfolio, khususnya tiga dana teras Syariah kepada kumpulan dana OnePRS, selaras dengan strategi kami untuk menawarkan pelbagai produk yang memberi manfaat kepada pelanggan,” katanya.

Jumaat, 3 April 2015

KWSP UMUM SENARAI DANA UNIT AMANAH UNTUK 2015/2016


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan senarai Institusi Pengurusan Dana (IPD) dan unit amanah bagi tahun 2015/2016 untuk Skim Pelaburan Ahli KWSP (SPA-KWSP) untuk tempoh 1 April 2015 hingga 31 Mac 2016.

 

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pelaburan) KWSP Mohamad Nasir Ab Latif berkata, “Senarai dana unit amanah di bawah skim SPA-KWSP ini disemak setiap tahun berdasarkan kriteria penilaian yang memberikan fokus terhadap prestasi dana secara konsisten seperti yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.

 

“Kaedah penilaian untuk kelayakan, penggantungan dan kemasukan semula dana adalah berdasarkan pengukuran kuantitatif yang telus dan jelas. Mana-mana dana unit amanah yang tidak menepati kriteria minimum penilaian tahunan akan digantung perlantikan sehingga mereka memenuhi kehendak yang telah digariskan.” 

 

Untuk tempoh 2015/2016, sebanyak 216 dana unit amanah dari 21 IPD layak untuk ditawarkan berbanding 230 dana unit amanah untuk tempoh 2014/2015 seperti di bawah:

 

 


Untuk mendapatkan senarai penuh dana yang ditawarkan di bawah setiap IPD yang dilantik, ahli  boleh  merujuk  kepada :


Di bawah SPA-KWSP, ahli boleh memindahkan sebahagian simpanan dalam Akaun 1 untuk pelaburan dana unit amanah yang diluluskan melalui IPD, seterusnya memberikan pilihan kepada ahli untuk menambah simpanan persaraan mereka. Di bawah skim ini, ahli boleh memindahkan simpanan mereka tidak melebihi 20 peratus setiap tiga bulan daripada jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang melebihi Simpanan Asas.

                                          

Simpanan Asas merujuk kepada jumlah simpanan mengikut umur untuk memastikan ahli mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM196,800 apabila mencapai umur 55 tahun.

 

Walaupun ahli dibekalkan dengan senarai dana unit amanah yang memberikan pulangan secara konsisten di bawah skim SPA-KWSP, adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk membuat keputusan berpandukan risiko dan objektif pelaburan serta tahap keselesaan mereka dengan kaedah pelaburan IPD tersebut.

 

Ahli disarankan untuk memahami objektif skim tersebut dan mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan yang bertauliah sebelum menyertai skim ini.

 

“Kami ingin menekankan walaupun KWSP meluluskan dana-dana di bawah SPA-KWSP, ini tidak bermakna KWSP mencadangkan atau memberikan jaminan terhadap prestasi mereka.

 

“Tiada jaminan bahawa pelaburan mereka akan sentiasa menguntungkan atau memberikan pulangan. Ahli sentiasa mempunyai pilihan untuk terus menyimpan simpanan persaraan mereka dengan KWSP yang memberikan pulangan stabil setiap tahun dan telah mengisytiharkan kadar dividen sebanyak 6.75 peratus untuk 2014,” kata Mohamad Nasir.

 

Beliau menambah bahawa KWSP akan mengambil tindakan tehadap mana-mana IPD yang tidak menepati garis panduan dan syarat-syarat SPA-KWSP, termasuk memberikan amaran, mengenakan denda dan di dalam keadaan tertentu, akan menggantung perlantikan mereka.

 

Sebagai pemegang amanah SPA-KWSP dan bagi memelihara simpanan persaraan ahli, KWSP menyarankan IPD untuk menjalankan perniagaan mereka dengan integriti, berkebolehan di samping menyediakan unit amanah yang berkualiti dan mempunyai rekod pencapaian yang konsisten.

 

Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah dana simpanan persaraan terulung di Malaysia yang menyediakan jaminan asas kewangan bagi persaraan. KWSP sentiasa komited dalam menjamin dan meningkatkan simpanan ahlinya melalui amalan terbaik pelaburan dan tadbir urus korporat. Langkah berhemah sentiasa menjadi panduan dalam setiap keputusan pelaburannya.

 

Sebagai sebuah organisasi yang berfokuskan pelanggan, KWSP memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan untuk keselesaan ahli dan majikan berdaftar.

 

KWSP akan terus memainkan peranannya sebagai pemangkin kepada pembangunan ekonomi negara, selaras dengan kedudukannya sebagai institusi simpanan terkemuka di Malaysia.