Selasa, 17 Julai 2012

Cukupkah Simpanan KWSP kita apabila bersara kelak?


Pernahkah kita terfikir, Apakah yang akan berlaku selepas persaraan kita kelak? Cukupkan duit simpanan KWSP kita pada waktu itu?  Mungkin pada usia mencecah 58 @ 60 tahun atau mungkin 3 tahun selepas persaraan, kita sudah tidak ada apa-apa dana lagi dalam KWSP ! Cukupkah RM 200,000.00 - 400,000.00 dalam simpanan KWSP.

Lazimnya di usia persaraan seharusnya dilalui dengan tenang dan bahagia bersama ahli keluarga. Lebih banyak masa mungkin ditumpukan kepada hal-hal kemasyarakatan dan urusan ibadah.
Namun bagi yang kurang bernasib baik, mereka terpaksa menempuhi usia persaraan dalam keadaan tertekan dan sengsara. Keadaan begini memang sering terjadi apatah lagi bagi pesara yang tidak mempunyai simpanan mencukupi untuk menampung kos hidup selepas bersara. Sekarang pun, ramai golongan pesara terpaksa bekerja (walaupun sudah kurang cergas) semata-mata untuk menampung kos hidup yang semakin meningkat.

Tahukah anda, mengikut kajian, purata jangka hayat rakyat Malaysia bagi lelaki ialah 75 tahun dan 78 tahun bagi perempuan. Ini bermakna bagi kaum lelaki, perlu ada persediaan untuk menjalani kehidupan bagi tempoh sekitar 20 tahun (bersara pada usia 55 tahun), manakala bagi kaum perempuan perlu bersiap sedia untuk tempoh kehidupan persaraan sekitar 23 tahun. Bayangkan berapakah persediaan dari segi kewangan bagi membolehkan anda bersara dalam keadaan tenang dan selesa.


Sebagai contoh, sekiranya perbelanjaan bulanan anda ialah RM3000, anda memerlukan sebanyak RM36,000 setahun.Jadi untuk membolehkan terus membiayai perbelanjaan bulanan anda sebanyak RM3000 sebulan, selama 20 tahun, anda akan memerlukan sejumlah RM720,000.00 (RM: Tujuh Ratus Dua Puluh Ribu). Harus diingat, jumlah RM3000 bagi perbelanjaan sebulan bukanlah satu jumlah yang besar, mengambilkira kadar inflasi dalam tempoh 10, 15 atau 20 tahun akan datang.

Paling ketara ialah perbelanjaan perubatan akan meningkat seiring dengan peningkatan usia. Hanya pesara yang telah membuat persediaan rapi akan mampu menerima rawatan di hospital-hospital kelas pertama, yang lain pula sekadar boleh mendapatkan rawatan kelas ketiga di hospital-hospital kerajaan. Tentunya pada usia emas sebegini kita mahu mendapatkan layanan yang cepat dan terbaik.

Adalah satu kesilapan besar untuk meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada anak-anak kerana masa depan dan kehidupan anak-anak dalam tempoh 10, 15 atau 20 tahun akan datang pastinya lebih mencabar, terutama dari segi kos hidup yang tinggi. Kalau sekarang, sudah ramai anak-anak yang menghantar ibu atau bapa ke rumah orang-orang tua, hal ini mungkin akan menjadi suatu perkara biasa dalam 10 atau 15 tahun akan datang.

Jadi adalah teramat penting untuk semua individu bersedia dari segi kewangan untuk menghadapi hari-hari persaraan yang pasti tiba (jika ditakdirkan Allah swt panjang usia).Simpanan KWSP yang diwajibkan oleh kerajaan ke atas semua pekerja dan majikan adalah salah satu daripada pelan persediaan dari segi kewangan bagi menghadapi hari-hari persaraan. Simpanan KWSP ini adalah amat penting, namun persoalannya ialah adakah jumlah simpanan KWSP anda mencukupi apabila anda bersara kelak? Agak-agaknya, adakah simpanan KWSP anda bakal mencecah RM720,000 atau sekurang-kurangnya RM540,000 (75% daripada RM720,000)


Dengan kadar dividen sekitar 5% -5.5% setahun (6% bagi tahun kewangan 2011), adakah simpanan KWSP mencukupi untuk menampung kehidupan selepas bersara kelak? Tahukah anda, bagi majoriti pesara di Malaysia, jumlah simpanan KWSP mereka pada usia 55 tahun ialah hanya RM114,000 sahaja. Satu jumlah yang jauh daripada mencukupi (mengikut perkiraan di atas). Memang ini benar, hampir 75% daripada golongan pesara ini menghabiskan kesemua simpanan mereka hanya dalam tempoh kurang dari tiga tahun! Inilah satu perkara yang amat membimbangkan.

Pihak KWSP membenarkan pencarum yang layak untuk mengeluarkan sebahagian daripada akaun 1 dan dilaburkan ke dana-dana unit amanah terpilih. Ini bertujuan untuk membolehkan simpanan pesaraan pelabur mendapat pulangan yang lebih tinggi, sekaligus meningkatkan jumlah simpanan persaraan ke satu amaun yang berkali ganda lebih tinggi, berbanding jika pencarum tidak mengambil apa-apa tindakan.

Kelonggaran yang diberikan oleh pihak KWSP adalah satu-satunya peluang keemasan yang harus direbut oleh semua pencarum kerana pelaburan unit amanah berpotensi memberikan pulangan di antara 12% – 15% setahun untuk satu pelaburan jangka panjang(10,15, 20 tahun). Perbezaan di antara pulangan hasil pelaburan unit amanah dan dividen KWSP ini adalah AMAT KETARA dan memberikan impak jangka panjang yang amat besar ke atas jumlah simpanan pencarum.
Sebagai contoh, sejumlah RM30,000 yang disimpan terus dalam KWSP selama 15 tahun dengan pulangan 5% setahun akan bertambah menjadi RMXXXX manakala jumlah yang sama (RM30,000), jika dilaburkan ke unit amanah dalam tempoh yang sama (15 tahun) akan menjadi RMxxx,dengan kadar pulangan 12% setahun. Perbezaan ini adalah AMAT KETARA, manakala pelabur sememangnya berpotensi cerah untuk memperolehi pulangan 12% setahun (bahkan lebih tinggi mencecah 15%) bagi pelaburan unit amanah. Jadi pencarum yang berusia 40 tahun sekarang dan layak melabur sebanyak RM30,000 ke unit amanah bakal menikmati simpanan yang jauh lebih besar pada usia 55 tahun kelak berbanding yang tidak berbuat demikian.

Pelaburan ke unit amanah adalah satu-satunya peluang anda sebagai pencarum KWSP untuk mencorakkan sendiri pelan persaraan anda. Untuk sebahagian lagi simpanan akaun 1 KWSP iaitu Simpanan Asas, boleh dikatakan anda tidak mempunyai hak mutlak kerana tidak dibenarkan untuk berbuat apa-apa ke atas simpanan itu, hanya menunggu anda mencapai usia persaraan dan menerima apa sahaja dividen yang diagihkan oleh pihak KWSP (walaupun sebenarnya simpanan itu adalah milik anda).

Bukankah sangat-sangat merugikan sekiranya anda tidak mengambil langkah segera untuk melaburkan sebahagian akaun 1 anda ke unit amanah sedangkan anda tahu, tidak ada pilihan lain yang tersedia untuk anda! Langkah untuk melaburkan sebahagian amaun simpanan KWSP anda, adalah SATU-SATUNYA PILIHAN yang boleh diambil sebagai langkah persediaan persaraan yang lebih bijak. Rekod-rekod sejak lebih 10 tahun juga menunjukkan pulangan pelaburan unit amanah TIDAK PERNAH lebih rendah atau sama dengan kadar dividen KWSP, kebiasaannya adalah sekali atau dua kali ganda daripada kadar dividen KWSP.

Sebagai seorang yang bijak dan berwawasan, contohilah langkah yang telah diambil oleh kira-kira 1 juta pencarum KWSP di seluruh negara terdiri daripada pelbagai latarbelakang pekerjaan seperti doktor, pensyarah, jurutera, peguam, eksekutif, pegawai dan pekerja-pekerja sokongan, semuanya telah membuat pelaburan ke unit amanah melalui pengeluaran simpanan KWSP mereka.

Tindakan bijak anda hari ini bakal “menyelamatkan” anda apabila bersara kelak. Jangan biarkan anda sesal di kemudian hari. Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya ditalian 012-397 0089 atau melalui email abumawaddah@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan