Kumpulan
Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini
mengumumkan senarai Institusi Pengurusan Dana (IPD) dan unit amanah bagi tahun
2015/2016 untuk Skim Pelaburan Ahli KWSP (SPA-KWSP) untuk tempoh 1 April 2015
hingga 31 Mac 2016.
Timbalan
Ketua Pegawai Eksekutif (Pelaburan) KWSP Mohamad Nasir Ab Latif berkata,
“Senarai dana unit amanah di bawah skim SPA-KWSP ini disemak setiap tahun
berdasarkan kriteria penilaian yang memberikan fokus terhadap prestasi dana
secara konsisten seperti yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.
“Kaedah
penilaian untuk kelayakan, penggantungan dan kemasukan semula dana adalah
berdasarkan pengukuran kuantitatif yang telus dan jelas. Mana-mana dana unit
amanah yang tidak menepati kriteria minimum penilaian tahunan akan digantung
perlantikan sehingga mereka memenuhi kehendak yang telah digariskan.”
Untuk
tempoh 2015/2016, sebanyak 216 dana unit amanah dari 21 IPD layak untuk
ditawarkan berbanding 230 dana unit amanah untuk tempoh 2014/2015 seperti di
bawah:
Untuk mendapatkan senarai penuh dana yang ditawarkan di bawah setiap IPD yang dilantik, ahli boleh merujuk kepada :
Di
bawah SPA-KWSP, ahli boleh memindahkan sebahagian simpanan dalam Akaun 1 untuk
pelaburan dana unit amanah yang diluluskan melalui IPD, seterusnya memberikan
pilihan kepada ahli untuk menambah simpanan persaraan mereka. Di bawah skim
ini, ahli boleh memindahkan simpanan mereka tidak melebihi 20 peratus setiap
tiga bulan daripada jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang melebihi Simpanan Asas.
Simpanan
Asas merujuk kepada jumlah simpanan mengikut umur untuk memastikan ahli
mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM196,800 apabila mencapai umur 55
tahun.
Walaupun
ahli dibekalkan dengan senarai dana unit amanah yang memberikan pulangan secara
konsisten di bawah skim SPA-KWSP, adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk
membuat keputusan berpandukan risiko dan objektif pelaburan serta tahap
keselesaan mereka dengan kaedah pelaburan IPD tersebut.
Ahli
disarankan untuk memahami objektif skim tersebut dan mendapatkan nasihat
daripada penasihat kewangan yang bertauliah sebelum menyertai skim ini.
“Kami
ingin menekankan walaupun KWSP meluluskan dana-dana di bawah SPA-KWSP, ini
tidak bermakna KWSP mencadangkan atau memberikan jaminan terhadap prestasi
mereka.
“Tiada
jaminan bahawa pelaburan mereka akan sentiasa menguntungkan atau memberikan
pulangan. Ahli sentiasa mempunyai pilihan untuk terus menyimpan simpanan
persaraan mereka dengan KWSP yang memberikan pulangan stabil setiap tahun dan
telah mengisytiharkan kadar dividen sebanyak 6.75 peratus untuk 2014,” kata
Mohamad Nasir.
Beliau
menambah bahawa KWSP akan mengambil tindakan tehadap mana-mana IPD yang tidak
menepati garis panduan dan syarat-syarat SPA-KWSP, termasuk memberikan amaran,
mengenakan denda dan di dalam keadaan tertentu, akan menggantung perlantikan
mereka.
Sebagai
pemegang amanah SPA-KWSP dan bagi memelihara simpanan persaraan ahli, KWSP
menyarankan IPD untuk menjalankan perniagaan mereka dengan integriti,
berkebolehan di samping menyediakan unit amanah yang berkualiti dan mempunyai
rekod pencapaian yang konsisten.
Mengenai
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Kumpulan
Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah dana simpanan persaraan terulung di
Malaysia yang menyediakan jaminan asas kewangan bagi persaraan. KWSP sentiasa
komited dalam menjamin dan meningkatkan simpanan ahlinya melalui amalan terbaik
pelaburan dan tadbir urus korporat. Langkah berhemah sentiasa menjadi panduan
dalam setiap keputusan pelaburannya.
Sebagai
sebuah organisasi yang berfokuskan pelanggan, KWSP memberikan perkhidmatan yang
cekap dan berkesan untuk keselesaan ahli dan majikan berdaftar.
KWSP
akan terus memainkan peranannya sebagai pemangkin kepada pembangunan ekonomi
negara, selaras dengan kedudukannya sebagai institusi simpanan terkemuka di
Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan