Ahad, 24 Ogos 2014

PERTEMUAN DENGAN SAHABAT BARU DALAM INVESTMENT SAMBIL MENIMBA ILMU BERSAMA PELABUR.


Alhamdulillah, baru selesai bertemu dgn sahabat baru yg berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Kenanga Investors.

Pertemuan kali ini amat bermakna bag saya kerana dapat menambah pengalaman baru apabila di pertemukan dengan sahabat baru yang banyak pengalaman. Beliau adalah anatara pelabur yang banyak melabur dalam pelbagai kaunter bursa saham.

Tapi pada kali ini beliau ingin mencuba pula dalam pelaburan Unit Trust.Terima kasih kepada Tuan Haji Sallehuddin kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menguruskan pelaburan beliau di Kenanga Investors.

Yang lagi manis apabila beliau turut berkongsi nasihat yang berguna kepada saya agar tidak memilih pelanggan untuk menguruskan pelaburan, kerana menurut beliau sebelum ini beliau telah cuba menghubungi beberapa advisor yang lain untuk bertemu tetapi tidak diendahkan hanya kerana beliau sudah berumur lingkungan 60 tahun. Didoakan kepada tuan haji Saleh semoga terus sihat dan cergas.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan