Khamis, 7 Mac 2013

KENANGA KESELURUHAN TERBAIK 10 TAHUN BERTURUT-TURUT




KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia Derivatives Bhd hari ini
menamakan Kenanga Deutsche Future Sdn Bhd sebagai Broker Niaga Hadapan
Keseluruhan Terbaik dan Broker Niaga Hadapan Ekuiti Terbaik bagi tahun ke-10
berturut-turut.

Syarikat itu juga mendapat tempat kedua selepas kategori Anugerah Broker
Komoditi di majlis makan malam gala sempena Persidangan dan Pameran Minyak Sawit
dan Laurik: Unjuran Harga 2013. Persidangan dua hari itu akan berakhir esok.
Anugerah tersebut mengiktiraf Kenanga Deutsche Future bagi prestasi dan
sumbangannya kepada industri derivatif Malaysia.

Ia adalah syarikat usaha sama antara Kenanga Investment Bank Bhd dan
Deutsche Asia Pacific Holdings Pte Ltd yang mewakili 14 peratus daripada jumlah
volum niaga hadapan di Bursa Malaysia Derivatives tahun lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif Kenanga Deutsche Futures Azila A. Aziz berkata
Kenanga Deutsche Future telah mewujudkan jenama kukuh dalam industri derivatif
Malaysia selama hampir satu dekad sekarang.

"Sepanjang lima tahun akan datang, kami meninjau bukan sahaja untuk
mengekalkan pencapaian ini, tetapi juga untuk memberikan sumbangan yang besar
kepada industri itu," tambah Azila, yang juga Ketua Derivatif Tersenarai.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan