Isnin, 27 Mei 2013

Alhamdulillah, kerana menerima Sijil Penghargaan dari Kenanga Investors Bank Berhad (KIBB) atas kejayaan menguruskan Pelaburan Unit Trust 2012.

Sekalung penghargaan diucapkan juga kepada sahabat-sahabat pelabur yang memberi kepercayaan kepada saya untuk menguruskan Dana Pelaburan sahabat-sahabat sekelian. Kepercayaan yang sahabat-sahabat berikan akan saya laksanakan dengan penuh tanggungjawab untuk terus maju pada masa akan datang.

TERIMA KASIH PADA SEMUA 


Rabu, 22 Mei 2013



Alhamdulillah, minggu lepas diberi kesempatan untuk bertemu sahabat pelabur yang sudah beberapa kali appoinment yang dijadualkan terpaksa ditangguhkan kerana jadual yang penuh.

Terima kasih kepada Cikgu, kerana berminat untuk menambahkan pelaburan melalui cara potongan bulanan.

Potongan bulanan yang dibuat seperti ini amat bagus sekali untuk simpanan masa hadapan.


 
 
 

Isnin, 20 Mei 2013

MPHB Shares Rise At Midday Prior To MPHBC Listing

 
 
MPHB Shares Rise At Midday Prior To MPHBC Listing

KUALA LUMPUR, May 15 (Bernama) -- Multi-Purpose Holdings Bhd's (MPHB) shares advanced to RM4.06 at mid-day break after the company announced the listing of its non-gaming asset, MPHB Capital Bhd (MPHBC).

At 12.30 pm, it was up 10 sen or 2.52 per cent to RM4.06, with 3.03 million shares changing hands.

"With the clearer timeline for listing, we believe demand for MPHB's stock will remain strong and its share price may even surpass our target price of RM4.31 per revalued net asset value share," said Kenanga Research in a note today.

The research house advised investors to hold the stock at least until the entitlement date on May 29.

MPHBC is to be listed on Bursa Malaysia on June 25.

Kenanga Research said strong demand for MPHB stock was likely on the fact that both MPHB and MPHBC would be potentially worth as high as RM6.47.

"The demerger is expected to unlock the group's value while its dividend are set to rise higher on the back of its higher 80 per cent dividend payout policy from 50 per cent currently," it added.

-- BERNAMA

Jumaat, 10 Mei 2013

PENINGKATAN PASARAN SELEPAS PRU 13

 
 
Alhamdulillah, PRU 13 telah berlalu, pada 5 mei yang lalu. Sebelum PRU 13 ramai pelabur-pelabur dalam atau pun luar negara amat berhati-hati untuk melabur. Sebab itu kalu kita lihat pasaran negara tidak bergerak dengan lancar. Pasaran bursa menunjukkan keuntungan dalam kadar yang amat perlahan.

Tetapi sehari selepas PRU 13, KSGF menunjukkan peningkatan yang amat mendadak kepada 2.70%. Begitu juga dengan pasaran saham yang lain terus menunjukkan peningkatan yang amat memberangsangkan.

Oleh itu kepada rakan-rakan di luar sana, yang sebelum ini dalam keadaan takut untuk melabur kerana mendengar rumus-rumus kemungkinan pasaran akan menjunam, maka ambillah tindakan yang bijak dengan mulakanlah langkah anda untuk melabur sekarang. Kerana mungkin pasaran hadapan akan terus meningkat ke paras yang lebih tinggi. Cuma pastikan Advisor pelabur anda adalah mereka yang amat allert tentang pasaran semasa.

SELAMAT MELABUR........


POTONGAN BULANAN BAGUS DARI SEGI COST AVERAGING

Alhamdulillah, baru selesai jumpa dgn sahabat + coustomer di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor yang berminat untuk menambah pelaburan beliau dalam fund KSGF.

Kali ini beliau ingin membuat caruman potongan bulanan. Terima kasih kepada Azhar, kerana sudi meluangkan masa untuk bertemu walaupun dlm masa yg singkat kerana menghadiri baru selesai mengikuti kursus Investment.

Didoakan kepada beliau semoga selamat dalam perjalanannya ke Hong Kong pada pagi esok.



 
 
 

DARI PELABUR EMAS, KINI BERTUKAR PELABUR KSGF


Alhamdulillah, 1 Mei yang lalu sempat bertemu dengan kawan baru yang bertanya tentang KSGF. Beliau sebelum ini adalah pelabur tegar dalam Emas. Beliau ingin cuba pelbagaikan pelaburan beliau lalu memilih KSGF.

Kami berbincang di Restaurant Santai, di TTDI, menerangkan tentang KSGF dan performance. Disebabkan KSGF adalah Syariah Fund maka benchmark kami adalah FTSE Bursa Malaysia Emas Shariah. KSGF dipantau oleh SC dari segi pelaburannya agar betul-betul menepati Syariah.

Dari segi graf pun kalu kita lihat, keuntungan KSGF sejak 2002 hingga sekarang meningkat 243.87% berbanding FTSE Emas Malaysia Shariah hanya menunjukkan peningkatan 119.21%. Perbezaan kami lebih kurang 124%.


 


Lebih kurang 2 jam kami berbincang, beliau bersetuju untuk melabur dalam KSGF melalui kedua-dua cara iaitu potongan EPF dan potongan bulanan. Memandangkan beliau bekerja dalam sektor swasta, maka potongan EPF adalah untuk meningkatkan lagi wang simpanan persaraan beliau.

Sebenarnya potongan bulanan amat bagus dari segi cost averaging, dan boleh mendisiplinkan kita sebagai orang muda untuk melabur w/pun dalam jumlah yang sedikit.

Terima kasih kepada En. Din kerana sempat meluangkan masa untuk bertemu, w/pun pada hari cuti (Hari Pekerja).




 
 
 

Khamis, 9 Mei 2013

Kenanga Research Kekalkan Saranan 'Neutral' Terhadap Sektor Teknologi



KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Kenanga Research mengekalkan saranan 'neutral' terhadap sektor teknologi meskipun jualan separa konduktor dunia dan nisbah pesanan berbanding penghantaran SEMI (Kelengkapan dan Bahan Separa Konduktor Antarabangsa) dilihat terus mencatatkan penambahbaikan sederhana.

"Kami difahamkan bahawa pemulihan akan hanya dapat dilihat dalam kalangan syarikat tempatan dalam masa tiga hingga enam bulan," katanya dalam satu nota pada Selasa.

Ia berkata jualan separa konduktor global terbaru pada Mach bertambah sedikit iaitu 0.9 peratus secara perbandingan tahun ke tahun apabila pertumbuhan yang baik sumbangan segmen Asia Pacific (+6.9 peratus) dan Eropah (+0.7 peratus) agak terhakis oleh kemerosotan mendadak segmen Jepun (-18 ) dan Amerika (-1.5 ).

Secara perbandingan bulan ke bulan, katanya, jualan separa konduktor global pada Mac 2013 meningkat 1.1 peratus daripada asas terendahnya pada Februari.

"Kami mengulangi keyakinan kami sebelum ini bahawa sebarang prospek cerah hanya boleh dilihat dalam enam bulan kedua 2013 ekoran peningkatan permintaan global bagi cip dalam keadaan ekonomi yang lebih baik ketika itu nanti," tegasnya.

-- BERNAMA