Khamis, 9 Mei 2013

Kenanga Research Kekalkan Saranan 'Neutral' Terhadap Sektor Teknologi



KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Kenanga Research mengekalkan saranan 'neutral' terhadap sektor teknologi meskipun jualan separa konduktor dunia dan nisbah pesanan berbanding penghantaran SEMI (Kelengkapan dan Bahan Separa Konduktor Antarabangsa) dilihat terus mencatatkan penambahbaikan sederhana.

"Kami difahamkan bahawa pemulihan akan hanya dapat dilihat dalam kalangan syarikat tempatan dalam masa tiga hingga enam bulan," katanya dalam satu nota pada Selasa.

Ia berkata jualan separa konduktor global terbaru pada Mach bertambah sedikit iaitu 0.9 peratus secara perbandingan tahun ke tahun apabila pertumbuhan yang baik sumbangan segmen Asia Pacific (+6.9 peratus) dan Eropah (+0.7 peratus) agak terhakis oleh kemerosotan mendadak segmen Jepun (-18 ) dan Amerika (-1.5 ).

Secara perbandingan bulan ke bulan, katanya, jualan separa konduktor global pada Mac 2013 meningkat 1.1 peratus daripada asas terendahnya pada Februari.

"Kami mengulangi keyakinan kami sebelum ini bahawa sebarang prospek cerah hanya boleh dilihat dalam enam bulan kedua 2013 ekoran peningkatan permintaan global bagi cip dalam keadaan ekonomi yang lebih baik ketika itu nanti," tegasnya.

-- BERNAMA


 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan