Memaparkan catatan dengan label Apa itu unit trust. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Apa itu unit trust. Papar semua catatan

Ahad, 25 Mei 2014

MAKE YOUR EPF SAVINGS POOL POTENTIALLY GROW BIGGER

 
Berapakah pulangan keuntungan Kenanga Syariah Growth Fund (KSGF) untuk tahun 2013????
Itulah persoalan yang sering di kemukakan kepada saya apabila bertemu pelanggan yang baru mahupun sahabat yang sudah sedia ada melabur dalam KSGF.
 
Untuk makluman pelabur dan pembaca blog saya sekelian, tahun 2013 Kenanga Syariah Growt Fund (KSGF) telah mencatatkan keuntungan  sebanyak 20.51%  berbanding dengan FTSE Bursa Malaysia Emas Indeks yang mencatatkan keuntungan hanya 13.29 %, manakala FTSE Bursa Malaysia hanya mencatatkan 10.54%.
 
Ini menandakan KSGF antara fund yang memberi pulangan yang tinggi untuk tahun 2013. Sebab itu KSGF merangkul anugerah Fund Lipper Award untuk 10 tahun Best Performing Equity Malaysia Fund.
 
Oleh kepada pelabur-pelabur sekelian teruslah menambah pelaburan anda hari ini, untuk keuntungan di hari persaraan anda nanti. Tidak percayakah anda, sekiranya saya katakan anda boleh menjadi Milionaire pada suatu hari nanti dengan melabur dalam Unit Trust . . . .. Jadi mengapa anda tidak meningkatkan simpanan KWSP anda!
 
 
 

Isnin, 23 Januari 2012

Tahniah ! Satu Pilihan Bijak Bagi Pelabur 2011


Awal tahun 2012,  Kenanga Syariah Growth Fund (KSGF) telah menunjukkan pelaburan yang amat memberangsangkan. diharapkan prestasi ini akan menjadi penanda aras bagi KSGF menempuh cabaran dalam tahun 2012.

Januari 2012 menunjukkan harga NAV KSGF RM 2.88/unit. menandakan satu peningkatan yang amat memberangsangkan. Oleh itu juga kepada semua pelabur KSGF anda patutnya mengucapkan tahniah kepada diri sendiri di atas satu tindakan yang bijak yang telah dilakukan.

Bayangkan sekiranya pada bulan September 2011 harga NAV per unit RM 2.65, tetapi and menangguhkan permulaan pelaburan , bermakna anda telah kerugian RM 0.20/unit.  Tapi sekiranya pelaburan itu dilaburkan RM 20,000.00 x 0.20, bermakna anda telah kerugian RM 4,000.00 sekiranya tidak melabur pada waktu itu.

Sebab itu, anda layak mengucapkan tahniah kepada diri anda atas kebijaksanaan dalam merancang kewangan masa hadapan. Semoga 2012 ini akan memberikan rangsangan yang lebih dalam pelaburan KSGF.

Harga Pasaran KSGF

Daily Prices History Kenanga Syariah Growth Fund

Sekiranya anda seorang pelabur@ masih tercari-cari tempat pelaburan yang sesuai, di sini saya coretkan untuk kajian tuan/puan performance harga bagi tempoh 3 bulan KSGF.

Kenanga Syariah Growth Fund   (Fund prices for the last 3 months) 
No.Bid/NAV Price Dealing Date

1.          2.878  January 19, 2012
2.         2.8781 January 18, 2012
3.         2.8744 January 17, 2012
4.         2.8673 January 16, 2012
5.         2.8806 January 13, 2012
6.         2.8823 January 12, 2012
7.         2.8806 January 11, 2012
8.         2.8812 January 10, 2012
9.         2.8793 January   9, 2012
10.       2.865   January   6, 2012
11.       2.8617 January   5, 2012
12.       2.8559 January   4, 2012
13.       2.8537 January   3, 2012
14.       2.8631 December 30, 2011
15.       2.8441 December 29, 2011
16.       2.8387 December 28, 2011
17.       2.8345 December 27, 2011
18.       2.8311 December 23, 2011
19.       2.8267 December 22, 2011
20.       2.8228 December 21, 2011
21.       2.8159 December 20, 2011
22.       2.8198 December 19, 2011
23.       2.8206 December 16, 2011
24.       2.8156 December 15, 2011
25.       2.8118 December 14, 2011
26.       2.8136 December 13, 2011
27.       2.8051 December 12, 2011
28.       2.7932 December   9, 2011
29.       2.7967 December   8, 2011
30.       2.8011 December   7, 2011
31.       2.7903 December   6, 2011
32.       2.7923 December   5, 2011
33.       2.7871 December   2, 2011
34.       2.7847 December   1, 2011
35.       2.7806 November 30, 2011
36.       2.7562 November 29, 2011
37.       2.7454 November 25, 2011
38.       2.7563 November 24, 2011
39.       2.7481 November 23, 2011
40.       2.7523 November 22, 2011
41.       2.7502 November 21, 2011
42.       2.7546  Novembe 18, 2011
43.       2.7558 November 17, 2011
44.       2.7512 November 16, 2011
45.       2.7445 November 15, 2011
46.       2.7402 November 14, 2011
47.       2.7145 November 11, 2011
48.       2.7019 November 10, 2011
49.       2.7105 November   9, 2011
50.       2.7024 November   8, 2011
51.       2.6985 November   4, 2011
52.       2.6841 November   3, 2011
53.       2.6961 November   2, 2011
54.       2.705   November   1, 2011
55.       2.7137 October     31, 2011
56.       2.7109 October     28, 2011
57.       2.698   October     27, 2011

Selasa, 25 Oktober 2011

Apa Itu Skim Unit Amanah?



Skim unit amanah atau “unit trust scheme – UTS”:
merupakan suatu bentuk pelaburan kolektif yang membolehkan pelabur-pelabur yang mempunyai ojektif pelaburan yang sama mengumpulkan wang mereka, dan kemudian dilaburkan ke dalam portfolio sekuriti atau aset lain yang diuruskan oleh profesional pelaburan.

Secara mudahnya, kita ramai-ramai masukkan duit kita kat satu dana yang diuruskan oleh suatu syarikat pengurusan dana yang dipanggil “Syarikat Pengurusan Unit Amanah” atau ringkasnya UTMC (Unit Trust Management Company). UTMC ini pula akan laburkan duit kita dalam pelbagai portfolio yang diluluskan seperti sekuriti, bond ataupun aset2 lain dalam syarikat2 yang tersenarai di Bursa Malaysia atau pasaran ekuiti di luar negara. UTMC ini mestilah yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti (Securities Commission – SC) dan terikat dengan beberapa akta perundangan. Selain daripada SC, beberapa pihak2 lain juga terlibat dalam mengawal-selia industri skim unit trust ini demi menjaga kepentingan pelabur2, antaranya ialah Pemegang Amanah (Trustees), Juruaudit (Auditors), FMUTM dan Kementerian Kewangan. Yang penting kat sini, syarikat2 tu “diluluskan”. Kalau yang tak lulus tu… kita panggil skim cepat kaya, Pak Man Telo.. swiss cash.. ponzi..mcm2 lagi.. :) ..yang ni jangan cuba2 nak masuk le…

Dalam skim unit trust, pelabur2 tak membeli sekuriti/stocks secara direct dalam portfolio. Pemilikan dana (portfolio) akan dibahagikan kepada unit dan pelabur2 dikenali sebagai ‘pemegang unit’ (unit-holders).Pelabur2 bukannya pemegang saham dlm sesuatu syarikat yang dilaburkan, sebaliknya merupakan benefisiari di bawah amanah yang duwujudkan oleh UTMC. Mengikut perlembagaan atau ‘surat ikatan’ (the deed) skim unit trust, mesti terdapat pemegang amanah (trustee) untuk menjaga kepentingan pelabur. Trustee adalah pemilik sah ke atas semua aset dalam skim unit trust bagi pihak pemegang unit.

Nilai atau harga satu unit dalam skim unit trust dikenali sebagai “Nilai Aset Bersih” atau “Net Asset Value – NAV” per share. Satu unit dalam skim unit trust merupakan ‘bahagian’ berkadar daripada jumlah perlaburan yang terkumpul. Jadi, apabila nilai pelaburan dalam portfolio skim unit trust meningkat atau menurun, maka NAV juga akan turut meningkat atau menurun. Dalam beberapa skim yang ditaja oleh kerajaan (contohnya ASB) dimana portfolio tak tertakluk kepada perubahan nilai, NAV ditetapkan pada RM1.00. Tak seperti dalam stocks, dimana harga boleh berubah-ubah pada setiap kali urus-niaga, NAV bagi sesuatu unit trust fund hanya dikira pada setiap penutup hari urus-niaga. Jadi NAV sesuatu fund akan disebut-harga/disiarkan di suratkhabar2 utama atau halaman web UTMC berkenaan pada keesokan hari urus-niaga.

Pulangan atau ‘returns’ pelaburan adalah gabungan pembayaran pendapatan tetap dipanggil ‘agihan’ (cash distribution) dan tambahan nilai modal (capital gains) melalui pecahan unit (unit split). Pernah dengar perkataan ‘dividen’?… dividen tu ‘Agihan’ lah..

Skim unit trust memberi peluang pelaburan untuk pelabur2 kecil mengakses dengan mudah pelbagai jenis pelaburan yang pada kebiasaannya sukar diakses. Bayangkan kalau kita nak invest secara langsung atau membeli stock dalam sesuatu syarikat ‘blue-chip’ yang besar seperti TNB, Telekom, Maxis etc…berapa puluh ribu ringgit kita kena ada untuk membeli satu lot stock… itu belum kira kos broker saham dan lain2 lagi. Tapi dengan skim unit trust, kita berpeluang melabur dalam stock2 ni, bukan setakat satu syarikat malah dalam pelbagai syarikat. Inilah yg dipanggil kepelbagaian atau “diversification’ yang mana dapat mengurangkan risiko kalau melabur dalam satu portfolio sahaja.

Dengan risiko yang agak berpatutan, kebanyakan pulangan pelaburan untuk jangka masa sederhana dan panjang (lebih dari 5 tahun) dalam skim unit trust adalah lebih tinggi daripada pulangan daripada akaun biasa dan deposit tetap (fixed deposit – FD).