Memaparkan catatan dengan label Regular Saving. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Regular Saving. Papar semua catatan

Khamis, 5 Mac 2015

ANTARA PUNCA UTAMA BEBANAN HUTANG RAKYAT MALAYSIA KERANA GAGAL RANCANG KEWANGAN.



KUALA LUMPUR (Bernama) -- Perancangan kewangan yang lemah dan tabiat
berbelanja yang tidak mengikut kemampuan diri merupakan faktor utama penyebab masalah hutang serta ketidakupayaan membayar balik pinjaman, kata Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) Koid Swee Lian.

Beliau berkata daripada 90,807 peminjam yang dibantu melalui Program
Pengurusan Kredit (DMP) AKPK bagi tempoh 2007 hingga 31 Mei lalu, 20,886 atau
23 peratus merupakan golongan yang memiliki perancangan kewangan lemah.

Katanya 18,161 atau 20 peratus lagi berhutang disebabkan perbelanjaan perubatan yang tinggi; lain-lain (17,253/19 peratus); masalah atau kegagalan perniagaan (13,621/15 peratus); gagal mengawal penggunaan kad kredit (9,989/11 peratus); kehilangan pekerjaan (9,081/10 peratus); manakala kematian atau hilang punca pencari nafkah dan kegagalan dalam pelaburan masing-masing (908/satu peratus).

"Sepanjang tempoh yang sama iaitu dari 2007 hingga 31 Mei 2013, seramai
222,942 peminjam datang ke AKPK untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling,
tapi daripada jumlah itu hanya 90,807 yang menyertai DMP kami," katanya kepada
Bernama.

Swee Lian berkata sehingga 31 Mei lepas, 3,591 peminjam berjaya keluar daripada
DMP dengan jumlah hutang diselesaikan RM130.05 juta.

Menurut Swee Lian, peminjam individu boleh mendapatkan bantuan AKPK untuk
menstruktur pelbagai jenis pinjaman termasuk pinjaman perumahan, kenderaan,
peribadi, atau baki tertunggak kad kredit yang diperoleh daripada penyedia
kewangan.

Bagaimanapun, untuk menyertai DMP yang disediakan AKPK, seseorang peminjam
antara lain mestilah tidak berhutang melebihi RM2 juta; tidak diisytihar muflis; tidak mempunyai surat saman atau mahkamah dan memiliki pendapatan boleh guna mencukupi.

"Apapun AKPK tetap akan bantu tapi lebih kepada nasihat...misalnya jika peminjam ada lebih daripada sebuah kereta kita mungkin nasihatkan mereka supaya jual sebuah," katanya.

Katanya tujuan utama AKPK menyediakan pelbagai perkhidmatan pendidikan
kewangan yang direka khas ialah untuk membantu setiap individu belajar
mengawal semula keadaan kewangan dan memupuk tabit penggunaan kredit
secara bijak.

"Melalui kesedaran dan pendidikan tentang cara menguruskan hutang secara
berkesan, AKPK berharap ia dapat mengurangkan isu-isu berkaitan kewangan yang dihadapi oleh sektor isi rumah Malaysia," katanya.

Swee Lian berkata individu yang mempunyai masalah hutang atau kesukaran menyelesaikan pinjaman tidak seharusnya malu untuk datang ke AKPK kerana ia lebih baik daripada diistiharkan muflis atau harta benda dirampas.

Selain itu semua perkhidmatan yang ditawarkan AKPK adalah percuma. -BERNAMA

Isnin, 23 Julai 2012

PURATA NILAI RINGGIT (DOLLAR COST AVERAGING)



Prinsip “Purata Nilai Ringgit” ialah satu keadah pelaburan di mana pelabur melaburkan satu amaun yang tetap secara berjadual dalam satu tempoh masa yang panjang (melebihi 1 tahun).

Dengan kaedah ini pelabur akan mendapat jumlah unit yang kurang ketika harga tinggi dan unit yang lebih apabila harga rendah. Di akhir tempoh berkenaan, pelabur akan mendapat purata kos yang lebih rendah bagi unit-unit yang dipegang berbanding harga purata unit-unit bagi tempoh berkenaan.


Kaedah ini adalah satu cara untuk mengatasi kerugian dan kesukaran untuk meramalkan keadaan pasaran semasa. Dengan mengaplikasikan prinsip Pemurataan Nilai Ringgit, pelabur membuat pelaburan dengan amaun yang tetap mengikut jadual tertentu tanpa perlu risau dengan trend pasaran semasa, contohnya RM 500.00 pada setiap bulan, sepanjang tahun. Ianya nampak seakan regular saving yang kita lakukan dalam bank, walaubagaimanapun sekiranya kita lakukan dalam pelaburan ianya akan memberi pulangan keuntungan yang tinggi.



Dengan Kaedah pelaburan mengikut prinsip Pemurataan Nilai Ringgit dapat mengelakkan  /mengurangkan pelabur dari menanggung risiko kerugian yang lebih tinggi dalam pelaburan secara sekaligus dalam dengan  jumlah yang besar.



Untuk mengetahui keterangan lanjut cara melabur Regular saving dalam pelaburan boleh hubungi saya di talian 012-3970089