Memaparkan catatan dengan label bonus KSGF 2013. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bonus KSGF 2013. Papar semua catatan

Ahad, 25 Mei 2014

MAKE YOUR EPF SAVINGS POOL POTENTIALLY GROW BIGGER

 
Berapakah pulangan keuntungan Kenanga Syariah Growth Fund (KSGF) untuk tahun 2013????
Itulah persoalan yang sering di kemukakan kepada saya apabila bertemu pelanggan yang baru mahupun sahabat yang sudah sedia ada melabur dalam KSGF.
 
Untuk makluman pelabur dan pembaca blog saya sekelian, tahun 2013 Kenanga Syariah Growt Fund (KSGF) telah mencatatkan keuntungan  sebanyak 20.51%  berbanding dengan FTSE Bursa Malaysia Emas Indeks yang mencatatkan keuntungan hanya 13.29 %, manakala FTSE Bursa Malaysia hanya mencatatkan 10.54%.
 
Ini menandakan KSGF antara fund yang memberi pulangan yang tinggi untuk tahun 2013. Sebab itu KSGF merangkul anugerah Fund Lipper Award untuk 10 tahun Best Performing Equity Malaysia Fund.
 
Oleh kepada pelabur-pelabur sekelian teruslah menambah pelaburan anda hari ini, untuk keuntungan di hari persaraan anda nanti. Tidak percayakah anda, sekiranya saya katakan anda boleh menjadi Milionaire pada suatu hari nanti dengan melabur dalam Unit Trust . . . .. Jadi mengapa anda tidak meningkatkan simpanan KWSP anda!
 
 
 

Selasa, 5 Februari 2013

SELAMAT TAHUN BARU 2013

 

SELAMAT TAHUN BARU 2013 diucapkan kepada semua rakan pelabur dalam Kenanga Investors. Semoga kedatangan 2013 ini akan memberikan kepada kita semangat dan azam baru bagi menghadapi hari mendatang.
 
Rakan-rakan sekelian, pada permulaan 2013 ini, kita lihat FBM KLCI terus menunjukkan peningkatan dalam pasaran. Ini bermakna aliran pelaburan yang semakin meningkat dalam pasaran saham menunjukkan ianya semakin kukuh bagi tahun 2013.
 
Rakan-rakan sekelian, Tahun 2013 ini adalah tahun terbaik sekiranya anda berminat untuk menambah pelaburan dalam Unit Trust atau sekiranya anda baru ingin berjinak-jinak untuk mencuba dalam Pelaburan Unit Trust, inilah waktu terbaik untuk anda mempelajari selok-belok pelaburan.
 
Untuk makluman rakan sekelian, baru- baru ini Kenanga telah mengumumkan pembahagian keuntungan ke atas 7 jenis fund yang ada. Mungkin ada yang perasan atau pun tidak, sebenarnya pada tahun 2012 sahaja Kenanga telah memberikan 2 kali bonus kepada setiap pelaburnya.
 
Bonus pertama telah diberikan kepada pelabur dalam KSGF dan KGF pada 1 Jun 2012 di mana setiap unit yang ada pada pelabur telah di split kan 1:2. Ini bermakna sesiapa yang ada 1 Unit maka Kenanga memberi 2 unit lagi. Ini bermakna selepas split unit pelabur mempunyai 3 unit dalam pegangan mereka. Contohnya sekiranya pelabur ada 100 000 unit pada awalnya, kenanga memberikan bonus 200 000 lagi. Sudah tentu jumlah selepas split unit berlaku adalah 300 000.

Bonus kedua adalah pengagihan keuntungan kepada 7 jenis fund yang ada. Ini bermakna Kenanga sentiasa prihatin dan menghargai kepercayaan yang anda berikan. Jadi teruskan melabur dalam Kenanga Investors demi masa depan yang lebih cemerlang.




SELAMAT TAHUN BARU 2013