Ahad, 12 Oktober 2014

DIVIDEN TINGGI UMPAN PELABUR

Bagaimanakah untuk mengenalpasti skim tidak sah?

Orang ramai dinasihati untuk berwaspada dan tidak terpedaya dengan skim tersebut. Sentiasa berhati-hati dan perhatikan ciri-ciri lazim yang terdapat pada skim ini seperti yang berikut:
·         Pengendali mungkin berhubung melalui surat, telefon, Internet atau secara bersemuka, namun niatnya tetap sama iaitu mendapatkan wang daripada mangsa yang tidak menaruh syak wasangka untuk barangan atau perkhidmatan yang sememangnya tidak akan disediakan.
·         Skim yang menjanjikan kadar faedah, pulangan atau keuntungan yang jauh lebih tinggi daripada yang ditawarkan oleh institusi kewangan berlesen untuk wang deposit mereka.
·         Janji pulangan yang tinggi adalah bertujuan untuk menarik minat orang ramai supaya menyertai skim ini dan pelabur mungkin tidak diberikan sebarang salinan dokumen termasuk perjanjian dengan pengendali tersebut.
·         Tiada jaminan bahawa pengendali dapat terus memberikan pulangan yang tinggi.
·         Pada permulaan skim ini, pengendali akan menggunakan wang yang diterima daripada pendeposit baharu untuk memberikan pulangan tinggi atau membayar semula amaun prinsipal kepada pendeposit lama.
·         Walau bagaimanapun, pengendali tidak dapat melaburkan deposit dalam usaha niaga atau pelaburan yang dapat memberikan pulangan yang sama atau yang lebih tinggi. Oleh yang demikian, pengendali tidak dapat mengekalkan pulangan yang tinggi atau membayar semula wang pelabur seperti yang dijanjikan.

Sila ambil perhatian bahawa skim ini akhirnya akan gagal apabila pengendali tersebut tidak menerima deposit baharu secara berterusan. Pada masa itu, skim cepat kaya ini akan gagal dan pendeposit atau pelabur akan kehilangan wang pelaburan mereka.
 

Jumaat, 10 Oktober 2014

SKIM CEPAT KAYA YANG MASIH AKTIF

 
 
Baru-baru ini ada disiarkan dalam akhbar Berita Harian berkenaan 10 syarikat skim cepat kaya yang masih aktif. Sebenarnya di luar masih banyak lagi pergerakan skim cepat kaya yang silih berganti dari hari ke hari tiada penghujungnya.

Tapi yang peliknya, masyarakat kita sebagai pengguna, mengapa masih ramai lagi yang memilih jalan pintas untuk kaya! Sedangkan di negara kita ada peraturan dan mempunyai banyak syarikat perbankan yang menguruskan simpanan wang dan pelaburan yang berdaftar di bawah Bank Negara.

Sekiranya kita membuat simpanan ataupun pelaburan melalui perbankan yang berdaftar baha Bank Negara, Insya'allah ianya lebih selamat.......... Tentu anda tterfikir....adakah yang dimaksudkan selamat itu tidak rugi!

Sudah menjadi tabii nya setiap pelaburan pasti ada risiko . Risiko pelaburan adalah untung atau rugi. Tetapi sekiranya kita melabur di tempat yang berdaftar di bawah Bank Negara, setidak-tidaknya kita tidaklah rugi hingga berputih mata, kerana setiap simpanan dan pelaburan kita dipantau oleh bank negara.

Manakala sekiranya sesuatu institusi itu di sita @ diistihar muflis, maka asset pelabur tidak akan dibekukan , berbanding sekiranya kita menyimpan @ melabu ditempat yang tidak berdaftar di bawah bank negara.

Sabtu, 4 Oktober 2014

PERTEMUAN DENGAN DENGAN SAHABAT BARU DI NEGERI HANG TUAH


Alhamdulillah kerana Allah mempermudahkan perjalanan hari ini dari Kuala Lumpur ke Bandar Melaka untuk bertemu dengan sahabat baru yang bekerja di Miri, Sarawak & pulang ke Kampung di Negeri Hang Tuah.

Seawal pagi selepas menunaikan Solat Suboh kami memulakan perjalanan untuk mengelakkan kesesakan lalulintas kerana temujanji yang dibuat pada pukul 10.00pagi.

Pertemuan ini bagi memperkenalkan Kenanga & fund yang ada sebelum beliau mula untuk melabur. Beliau yang sebelum ini pernah invest dalam beberapa fund di institusi pelaburan yang lain, kini ingin beralih angin untuk cuba melabur dalam Kenanga Syariah Growth Fund (KSGF) secara cash.

Didoakan agar beliau akan mencapai goal dalam pelaburan beliau.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 1435 H kepada semua pelanggan, & berhati-hati di jalan raya. . .. .


 
 
 
 

Sabtu, 30 Ogos 2014

PENERANGAN TENTANG KSGF KEPADA PENSYARAH UNTUK PELABURAN PENDIDIKAN


Alhamdulillah, selesai sudah pertemuan yang telah dijanjikan setelah beberapa kali tertangguh.  Temujanji bersama dua (2) sahabat baru yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang KSGS Fund. Kerana mereka dapat maklumat tentang performance KSGF , ROI dan Votaility agak menerujakan.

Mereka mempunyai perancangan pelaburan untuk simpanan pendidikan anak-anak & adik-adik mereka pada masa hadapan. Kalau di ikutkan memang amat sesuai sekali KSGF dijadikan pelaburan untuk pendidikan anak-anak kerana unit trust adalah pelaburan untuk jangka masa panjang.

 
 

 

 


KENANGA INVESTORS BERHAD WON RECOMONDED UNIT TRUST



We are proud to announce that 2 of Kenanga Investors Berhad's (KIB) funds won the Recommended Unit Trusts Awards 2014/15 by Fundsupertmart.com (FSM).

Our Kenanga Growth Fund and Kenanga Syariah Growth Fund garnered recognition in the Core Equity - Malaysia and Core Equity - Malaysia (Islamic) categories respectively.


Only unit trusts with examplary track records make it into the FSM's Recommended Unit Trusts list.

Ahad, 24 Ogos 2014

PERTEMUAN DENGAN SAHABAT BARU DALAM INVESTMENT SAMBIL MENIMBA ILMU BERSAMA PELABUR.


Alhamdulillah, baru selesai bertemu dgn sahabat baru yg berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Kenanga Investors.

Pertemuan kali ini amat bermakna bag saya kerana dapat menambah pengalaman baru apabila di pertemukan dengan sahabat baru yang banyak pengalaman. Beliau adalah anatara pelabur yang banyak melabur dalam pelbagai kaunter bursa saham.

Tapi pada kali ini beliau ingin mencuba pula dalam pelaburan Unit Trust.Terima kasih kepada Tuan Haji Sallehuddin kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menguruskan pelaburan beliau di Kenanga Investors.

Yang lagi manis apabila beliau turut berkongsi nasihat yang berguna kepada saya agar tidak memilih pelanggan untuk menguruskan pelaburan, kerana menurut beliau sebelum ini beliau telah cuba menghubungi beberapa advisor yang lain untuk bertemu tetapi tidak diendahkan hanya kerana beliau sudah berumur lingkungan 60 tahun. Didoakan kepada tuan haji Saleh semoga terus sihat dan cergas.








Sabtu, 23 Ogos 2014

SEAWAL 8 PAGI TEMUJANJI DENGAN RAKAN PELABUR BARU


Alhamdulillah selesai sudah pertemuan pagi ini seperti yang telah dijanjikan untuk bertemu sahabat baru yang ingin mencuba melabur dalam KSGF pada jam 8.00 pagi. Pertemuan ini adalah pertama kali kerana beliau ingin  mengetahui tentang Kenanga Investors.

Setelah lebih kurang sejam pertemuan yang diadakan, beliau berminat untuk cuba melabur dalam Kenanga Investors Berhad melalui akaun EPF.