Tapi yang peliknya, masyarakat kita sebagai pengguna, mengapa masih ramai lagi yang memilih jalan pintas untuk kaya! Sedangkan di negara kita ada peraturan dan mempunyai banyak syarikat perbankan yang menguruskan simpanan wang dan pelaburan yang berdaftar di bawah Bank Negara.
Sekiranya kita membuat simpanan ataupun pelaburan melalui perbankan yang berdaftar baha Bank Negara, Insya'allah ianya lebih selamat.......... Tentu anda tterfikir....adakah yang dimaksudkan selamat itu tidak rugi!
Sudah menjadi tabii nya setiap pelaburan pasti ada risiko . Risiko pelaburan adalah untung atau rugi. Tetapi sekiranya kita melabur di tempat yang berdaftar di bawah Bank Negara, setidak-tidaknya kita tidaklah rugi hingga berputih mata, kerana setiap simpanan dan pelaburan kita dipantau oleh bank negara.
Manakala sekiranya sesuatu institusi itu di sita @ diistihar muflis, maka asset pelabur tidak akan dibekukan , berbanding sekiranya kita menyimpan @ melabu ditempat yang tidak berdaftar di bawah bank negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan