Pelabur-pelabur
dinasihatkan agar memperuntukkan sebahagian kecil portfolio bagi aktiviti jual
beli runcit bagi menghadapi keadaan pasaran saham yang turun naik ketika ini.
Ketua
Pegawai Eksekutif Kenanga Investors Bhd. (KIB), Ismitz Matthew De Alwis berkata,
para pelabur juga disaran mengambil pendekatan jangka masa panjang apabila
melakukan pelaburan kerana ia dapat membantu mereka menangani ketidaktentuan
dan pergolakan pasaran saham ketika ini.
“Adalah
penting bagi pelabur untuk meletakkan sebahagian besar portfolio dalam dana
amanah saham untuk pelaburan jangka panjang kerana ia diuruskan oleh pengurus
dana profesional dan kurang berisiko jika dibandingkan dengan saham,” katanya
kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Menurut
beliau, masalah besar bagi sesetengah pelabur adalah cepat bertindak mengikut
emosi dengan menjual saham untuk te-rus keluar daripada pasaran.
“Kita sedia
maklum pasaran saham ketika ini kurang kukuh namun jika mereka bertindak secara
tergopoh-gapah dengan menjual saham-saham mereka, berkemungkinan besar ia akan
merugikan.
“Satu
daripada prinsip pelaburan ialah untuk membeli saham semasa harga rendah dan
menjualnya ketika harga tinggi dan strategi terbaik pelaburan adalah untuk
tidak panik dan selalu berfikiran rasional,” katanya.
Dalam pada
itu Matthew berkata, jumlah aset di bawah pengurusan (AUM) KIB kini berjumlah
RM6.7 bilion yang kebanyakannya adalah aliran dana baharu.
Beliau
berkata, KIB akan terus memberi fokus terhadap inovasi dan pembangunan produk
dengan memperkenalkan beberapa lagi produk baharu antaranya dana patuh syariah.
“Selain itu
kami berhasrat untuk menambah satu lagi portfolio, khususnya tiga dana teras
Syariah kepada kumpulan dana OnePRS, selaras dengan strategi kami untuk
menawarkan pelbagai produk yang memberi manfaat kepada pelanggan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan