Isnin, 18 Februari 2013

Dividen KWSP paling tinggi dalam sedekad

 
Tahniah diucapkan kepada KWSP kerana telah mengumumkan dividen 6.15% untuk 13.42 juta pencarumnya bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012, iaitu tertinggi dalam tempoh lebih 10 tahun. Setidak-tidaknya dengan pengumuman ini, semua pencarum pastinya gembira atas dividen yang telah diumumkan melebihi dari jumlah yang diberikan pada tahun-tahun yang lalu walaupun suasana pasaran saham dan pelaburan yang tidak menentu.

 
 
 
Kuala Lumpur: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan dividen 6.15 peratus untuk 13.42 juta pencarumnya bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012, iaitu tertinggi dalam tempoh lebih 10 tahun.

Pengerusinya, Tan Sri Samsudin Osman, berkata berkata kadar dividen itu adalah 15 mata asas lebih tinggi berbanding enam peratus yang dibayar pada 2011.

Katanya, KWSP turut mencatat rekod baru pembayaran dividen berjumlah RM27.45 bilion yang diagihkan kepada pencarum KWSP, meningkat 12.20 peratus daripada RM24.47 bilion yang dibayar pada tahun sebelumnya.
Beliau berkata, pembayaran dividen tertinggi sebanyak RM27.45 bilion itu diperoleh selepas ditolak perbelanjaan pelaburan operasi, caj berkanun serta peruntukan rugi terjejas bersih ke atas aset kewangan.

“Pada 2012, KWSP telah mencatatkan pendapatan pelaburan kasar tertinggi sebanyak RM31.02 bilion, ia meningkat 13.91 peratus berbanding 2011.



Kekal momentum

“Walaupun persekitaran pelaburan semakin kompleks, KWSP mengekalkan momentum kenaikan stabil untuk merekodkan keputusan paling kukuh sejak awal milenium, disokong keberkesanan strategi pelaburan jangka panjang serta pendekatan berdisiplin dan berhemah,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam. Samsudin berkata, selaras dengan Alokasi Aset Strategik (AAA) yang diamalkan KWSP, sebahagian besar aset pelaburan KWSP terus dilaburkan dalam instrumen berpendapatan tetap berisiko rendah dan lebih stabil.
Katanya, pelaburan ekuiti adalah 38.77 peratus daripada jumlah aset pelaburan pada 2012, manakala baki 3.59 peratus dan 2.42 peratus masing-masing diperuntukkan untuk instrumen pasaran wang dan hartanah dan infrastruktur.

Beliau berkata, walaupun KWSP melabur dalam pelbagai pelaburan, sebahagian besarnya dilaburkan dalam instrumen berpendapatan tetap berisiko rendah, kadar pulangan pelaburan tahunan (ROI) KWSP melebihi enam peratus bagi tiga tahun berturut-turut.

Jana ROI 10.06 peratus

“Ekuiti menjana ROI dua digit sebanyak 10.06 peratus manakala pulangan daripada instrumen berpendapatan tetap melebihi 5.50 peratus di sebalik suasana kadar faedah rendah semasa,” katanya.

Samsudin berkata, bersandarkan pertumbuhan stabil dalam kedua-dua pasaran ekuiti domestik dan global pada 2012, ekuiti menyumbang RM13.91 bilion bersamaan 44.84 peratus pendapatan pelaburan kasar.

“Bagi pelaburan dalam sekuriti kerajaan Malaysia dan bon sama taraf; hartanah dan infrastruktur; serta instrumen pasaran wang pula, masing-masing memperoleh RM6.26 bilion, RM595.63 juta dan RM574.91 juta,” katanya.

Setakat 31 Disember 2012, aset pelaburan KWSP berjumlah RM526.75 bilion, melepasi setengah trilion serta meningkat 12.31 peratus daripada RM469.04 bilion yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/DividenKWSPpalingtinggidalamsedekad/Article

Rabu, 6 Februari 2013

WAKTU TERBAIK UNTUK MELABUR




Salam hormat buat semua sahabat dan rakan pelabur atau pun yang sentiasa mengikuti perkembangan Kenanga Syariah melalui blog ini. Akhir-akhir ini beberapa sahabat pelabur ataupun rakan-rakan yang baru berkenalan dengan unit trust ada menghubungi saya dan bertanya tentang market semasa dan prospek akan datang.

Ramai sahabat-sahabat memandang market pelaburan semasa pada waktu ini hinggakan ada di antara kita takut nak menambah pelaburan ataupun memulakan pelaburan. Sebenarnya, sekiranya anda menambah atau memulakan pelaburan pada waktu ini, saya katakan anda adalah orang yang paling bijak. Kenapa pula begitu?

Kerana dalam ketidak tentuan pasaran saham pada hari ini, maka anda sepatutnya mengambil inisiatif untuk menambah pelaburan/ menambah unit sama ada cash ataupun melalui potongan EPF. Kerana anda dapat membeli 1 unit pelaburan dalam harga yang rendah. Perkara ini akan berbeza sekiranya anda membeli atau menambah untit dalam tempoh 4 bulan akan datang..........Pada waktu itu mungkin pasaran saham akan kukuh dan bergerak amat agresif sehinggakan anda tidak mampu membeli unit dalam harga yang rendah.

Sebagai contoh, harga sekilo gula RM 1.00, anda ada RM 10.00, maka anda boleh membeli 10 kg gula pada waktu ini. Tetapi apabila anda tunggu pasaran gula naik dan stabil selepas 4 bulan akan datang, pada waktu itu kemungkinan besar harga gula sudah meningkat pada harga RM 2.00 sekilo. jada anda hanya akan mendapat 5 kilo gula sahaja pada waktu itu. Dalam kes ini pastinya anda akan menyesal dikemudian hari.

Pada pandangan saya, sementara pasaran saham kita masih tidak kukuh/tidak menentu, kata mudah masih ding-dong turun naik, maka pada waktu ini adalah waktu yang paling baik sekiranya anda mempunyai cadangan untuk membuat penambahan pelaburan anda. Apatah lagi keuntungan pelaburan yang dibahagikan pada akhir tahun kepada setiap pelabur juga bergantung kepada berapa lama pelaburan itu dilaburkan pada tahun berkenaan. Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menambah pelaburan.

SELAMAT MELABUR DEMI MASA HADAPAN

MENGAPA SAHAM MALAYSIA TIDAK MENENTU?

KUALA LUMPUR 3 Feb. - Ringgit dijangka turun berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan berikutan sentimen pasaran yang menurun di seluruh dunia dan kekurangan permintaan komersial mendapatkan mata wang domestik itu, kata para peniaga. Mereka berkata, cuti Tahun Baru Cina akan datang, yang bermula pada akhir minggu depan, dijangka memberikan isyarat minggu dagangan yang lengang apabila kebanyakan pedagang telah pergi bercuti.

Bagi minggu baru berakhir, Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman pada kadar 3.0 bagi minggu ke-10 berturut-turut. BNM berkata, kedudukan semasa dasar monetari menyokong ekonomi, manakala inflasi terus terkawal.

Pada Disember, BNM juga menyatakan bahawa ringgit merosot berbanding kebanyakan rakan dagangan utama Malaysia, iaitu dolar AS, euro, renminbi China dan dolar Singapura tetapi meningkat berbanding yen Jepun.

Katanya, penurunan ringgit berbanding dolar AS adalah berikutan peningkatan kebimbangan terhadap prospek pertumbuhan global, yang timbul dari peningkatan ketidaktentuan yang menyelubungi kedudukan fiskal AS.

Ini mendorong kepada pengeluaran dana oleh para pelabur asing dari ekonomi yang berkembang pesat, yang termasuk Malaysia, apabila para pelabur mengkaji semula kedudukan masing-masing.
Bagi minggu baru berakhir, ringgit diniagakan lebih rendah bagi tiga hari berturut-turut apabila para pelabur terus berada di luar pasaran berikutan sentimen pasaran yang menurun.

Isnin dan Jumaat ditutup masing-masing bagi menggantikan cuti perayaan Thaipusam dan cuti Hari Wilayah Persekutuan. Berasaskan minggu ke minggu, ringgit ditutup turun kepada 3.1045/1065 berbanding dolar AS berbanding 3.0440/0460 pada Jumaat lepas. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130204/ek_03/Ringgit-dijangka-turun-berbanding-dolar-Amerika-Syarikat#ixzz2K501AK10
© Utusan Melayu (M) Bhd

Selasa, 5 Februari 2013

SELAMAT TAHUN BARU 2013

 

SELAMAT TAHUN BARU 2013 diucapkan kepada semua rakan pelabur dalam Kenanga Investors. Semoga kedatangan 2013 ini akan memberikan kepada kita semangat dan azam baru bagi menghadapi hari mendatang.
 
Rakan-rakan sekelian, pada permulaan 2013 ini, kita lihat FBM KLCI terus menunjukkan peningkatan dalam pasaran. Ini bermakna aliran pelaburan yang semakin meningkat dalam pasaran saham menunjukkan ianya semakin kukuh bagi tahun 2013.
 
Rakan-rakan sekelian, Tahun 2013 ini adalah tahun terbaik sekiranya anda berminat untuk menambah pelaburan dalam Unit Trust atau sekiranya anda baru ingin berjinak-jinak untuk mencuba dalam Pelaburan Unit Trust, inilah waktu terbaik untuk anda mempelajari selok-belok pelaburan.
 
Untuk makluman rakan sekelian, baru- baru ini Kenanga telah mengumumkan pembahagian keuntungan ke atas 7 jenis fund yang ada. Mungkin ada yang perasan atau pun tidak, sebenarnya pada tahun 2012 sahaja Kenanga telah memberikan 2 kali bonus kepada setiap pelaburnya.
 
Bonus pertama telah diberikan kepada pelabur dalam KSGF dan KGF pada 1 Jun 2012 di mana setiap unit yang ada pada pelabur telah di split kan 1:2. Ini bermakna sesiapa yang ada 1 Unit maka Kenanga memberi 2 unit lagi. Ini bermakna selepas split unit pelabur mempunyai 3 unit dalam pegangan mereka. Contohnya sekiranya pelabur ada 100 000 unit pada awalnya, kenanga memberikan bonus 200 000 lagi. Sudah tentu jumlah selepas split unit berlaku adalah 300 000.

Bonus kedua adalah pengagihan keuntungan kepada 7 jenis fund yang ada. Ini bermakna Kenanga sentiasa prihatin dan menghargai kepercayaan yang anda berikan. Jadi teruskan melabur dalam Kenanga Investors demi masa depan yang lebih cemerlang.




SELAMAT TAHUN BARU 2013

SARAWAK PENYUMBANG UTAMA PERTUMBUHAN NEGARA





KUALA LUMPUR 14 Jan. - Sarawak semakin menjadi tumpuan bagi pembangunan ekonomi utama yang meningkatkan lagi peranannya sebagai satu daripada penyumbang utama kepada pertumbuhan negara, kata firma penyelidikan Kenangan Research.

Firma itu berkata, Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE) muncul sebagai satu daripada projek paling penting di rantau ini. Projek-projek di bawah SCORE dijangka mengubah negeri dan negara menjadi sebuah negara maju, kata firma itu dalam satu laporan analisis hari ini.
"Dengan SCORE memacu ekonomi Sarawak, negeri itu menyasar mencapai pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sehingga 10 peratus menjelang 2015 berbanding di bawah lima peratus tanpanya.

"Pada kadar kemajuan yang dicatatkan ekonomi Sarawak sekarang, negeri itu boleh menjadi antara tiga penyumbang terbesar kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia dalam tempoh beberapa tahun akan datang," kata firma itu.

Kenanga Research berkata, sumbangan negeri itu kepada jumlah KDNK Malaysia dijangka meningkat kepada lebih sedikit daripada 10 peratus daripada 7.5 hingga lapan peratus sekarang.
Sarawak bergerak ke arah hala tuju yang betul kerana tidak lama lagi ia akan mencapai paras separuh jalan daripada Rancangan Malaysia Ke-10 selama lima tahun yang bermula pada 2010.
Peruntukan bajet di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 disalurkan untuk menambah baik prasarana, terutamanya pengangkutan, menguruskan perbandaran dan membangunkan Sarawak menjadi hab pembangunan tenaga.

"Dengan SCORE, kami percaya Sarawak akan mengatasi pertumbuhan sebanyak lima hingga enam peratus menjelang 2015, kemungkinan mengatasi unjuran purata enam peratus pertumbuhan negara," kata firma penyelidikan itu. - BERNAMA



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130115/ek_05/Sarawak-bakal-muncul-penyumbang-utama-pertumbuhan-negara#ixzz2JzFs7BoE
© Utusan Melayu (M) Bhd