Selasa, 14 Februari 2012

Kenanga Syariah Growth Fund Terus Mengekalkan Rekod Kecemerlangan Pulangan Tertinggi Bagi Tahun 2011






Kenanga Syariah Growth Fund (KSGF) mengkalkan kecemerlangan pulangan keuntungan tertinggi pada risiko yang rendah bagi tahun 2011. Pada akhir tahun 2011 KSGF memberikan 16.9% keuntungan tahunan sehingga diberi anugerah dana Unit Trust terbaik 2011. KSGF adalah dana Kenanga Syariah Growth Fund telah berada dipasaran semenjak 10 tahun yang lalu diuruskan oleh Kenanga Investors Berhad.


KSGF terus jauh meninggalkan fund yang lain pada 6% menyebabkan KSGF pada hari ini semakin dicari oleh pelabur samaada muslim atau non-muslim. Oleh sebab itu NAV KSGF pada hari ini tinggi RM 2.9589/unit. KSGF juga jauh kehadapan mencatat keuntungan pulangan berbanding FTSE Bursa Malaysia KLCI yang mencatat hanya 4.5%. Perbezaan ini amat ketara jauh iaitu 12.4%.




Table 1: Funds that have outperformed the KLCI





FTSE Bursa Malaysia KLCI 4.5%*


Walaupun KSGF memberi pulangan yang tinggi, tetapi kekuatannya mencatatkan risiko yang rendah juga faktor besar pelabur terus berminat untuk melabur dalam Fund KSGF. Pada kebiasaannya dalam pelaburan, piulangan tinggi risiko juga tinggi (high return, high risk), tetapi berbeza pada KSGF kerana ianya cukup cantik & hebat kerana pulangan tinggi tetapi risiko rendah (high return, low risk).

KSGF mencatatkan risiko yang begitu rendah iaitu 7.4% berbanding FTSE Bursa Malaysia KLCI

yang mencatatkan risiko 9.8%. Ini menandakan KSGF adalah Fund yang terbaik kerana setiap pelabur akan memilih untuk melabur dalam Fund yang paling rendah risiko kerugian.




Table 2: Downside Risks


FTSE Bursa Malaysia KLCI 9.8%


Source: Bloomberg, iFAST*Downside risk is the annualised standard deviation of daily losses


Oleh itu sebagai pelabur anda adalah berhak untuk memilih fund mana yang ingin dilaburkan. Manakala saya sebagai Perunding Kewangan Islam hanya boleh memberi gambaran tentang sesuatu pelaburan, dan mencadangkan fund yang terbaik, tetapi kuasa untuk memilih adalah di tangan anda.


Semoga anda akan menjadi pelabur yang bijak dalam menentukan masa depan kewangan anda.