Selasa, 31 Julai 2012

Perbandingan Kenanga Syariah Growth Fund (KSGF) Dengan Pelaburan Islam Lain


Graf yang diperolehi dari Lipper tentang perbandingan 5 tahun performance Islamic Unit Trust di Malaysia. Semua pelaburan yang ada adalah baik sebenarnya. Cuma kekuatan sesuatu fund itu terletak pada Fund Manager. sejauh mana mereka cekap menguruskan pelaburan itu. bagi kita sebagai pelabur pula, kebijakan kita terletak pada jenis fund yang kita pilih. Ada fund yang memberi keuntungan lebih kurang 3-5% per annum, seperti money market, Bond dll. Ada juga fund yang boleh beri keuntungan 8-12 % per annum. Yang lebih baik dan tidak mustahil ada yang boleh menjangkau 18-35% keuntungan per annum. 

Semuanya bergantung pada pelabur itu sendiri yang memilih jenis fund yang diminati dan dimanakah fund itu dilaburkan. Kerana wang adalah milik anda !! anda berhak memilih fund yang mana & dimanakah ianya akan dilaburkan seperti Malaysia Islamic Equity, Japan, China, Hong Kong dll.

Berdasarkan graf di atas dalam tempoh 5 tahun, KSGF telah menunjukkan performance pelaburan yang amat memberangsangkan berbanding Islamic Fund yang lain dengan mencapai keuntungan 71.35%  berbanding  ditangga kedua pada 57.20 %  dan yang di tangga kelima pada 18.11%. Disini membuktikan performane KSGF dalam Malaysia Equity Islamic sehingga 2011.

KSGF "High Return & Low Risk" akan cuba memastikan setiap pelaburan anda memberi pulangan yang tinggi pada risiko yang rendah. Kalau kita lihat  objektif  pelaburan KSGF juga memberi pulangan pelaburan yang tinggi dalam ekuity untuk jangka masa panjang berlandaskan/menepati prinsip Syariah. Oleh itu sebagai pelabur anda layak untuk memilih citarasa anda dalam pelaburan. Melaburlah hari ini untuk menjamin kehidupan yang lebih sempurna di masa hadapan. Berapa ramai rakyat Malaysia hari ini yang duit simpanannya habis dalam masa 3 tahun sahaja selepas persaraan! Dan berapa ramai rakyat Malaysia yang diistiharkan muflis kerana hutang?

Jadi sebagai pelabur anda layak tentukan apakah matlamat pelaburan wang yang anda ingin laburkan. Adakah inginkan di tempat yang memberi keuntungan yang tinggi dalam masa panjang atau anda lebih selesa  hanya mendapat 3-5% keuntungan tahunan seperti menyimpan di bank.

Untuk keterangan lanjut berhubung KSGF, boleh hubungi saya di talian 012-397 0089 @ email: abumawaddah@gmail.com

Khamis, 26 Julai 2012

80 % PEKERJA RISAU SIMPANAN TIDAK MENCUKUPI


Lapan puluh peratus pekerja di Malaysia bimbang tidak mempunyai simpanan mencukupi dan menjadi beban kepada waris apabila bersara, demikian mengikut kaji selidik Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa (CSIS).

Pengarah Program dan Felo Kanan Inisiatif Usia Global CSIS, Richard Jackson, berkata empat daripada lima penduduk negara ini bimbang mendapat penyakit serius selepas bersara dan tiada siapa mempedulikan mereka. Katanya, peratusan itu paling tinggi antara enam negara yang dikaji menerusi Kaji Selidik Persaraan Asia Timur yang dikendalikan bersama institut penyelidikan dasar awam berpangkalan di Washington itu dengan firma insurans global, Prudential PLC.
“Kebimbangan itu berpunca antaranya faktor usia persaraan di negara ini yang lebih rendah menyebabkan mereka berdepan risiko kehabisan simpanan dalam tempoh singkat,” katanya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Harapkan waris

CSIS menggunakan sampel daripada responden terdiri daripada penduduk bandar dan di luar bandar dengan data dibahagi mengikut usia, jantina dan tahap pendidikan.

Jackson berkata, prospek persaraan di negara ini bagaimanapun lebih baik dalam kalangan generasi muda kerana majoriti menjangkakan mereka kurang bergantung kepada waris selepas bersara, berbanding pesara sedia ada.
“Namun, dengan satu daripada lima pekerja masih menjangkakan tidak menerima manfaat persaraan, tinjauannya adalah masih jauh daripada keadaan selamat,” katanya.

Rakyat Malaysia juga, katanya mempunyai pandangan berbeza terhadap sistem persaraan ideal dengan 39 peratus menyatakan kerajaan bertanggungjawab kepada pendapatan persaraan, manakala 31 peratus lagi berkata ia adalah tugas individu.

Tambah usia pencen

“Walaupun peranan keluarga dilihat semakin mustahak, hanya 14 peratus responden mengatakan anak yang bekerja bertanggungjawab menyediakan pendapatan persaraan kepada ibu bapa,” katanya.

Beliau berkata, bagi mengatasi kebimbangan itu, sistem persaraan Malaysia perlu meningkatkan usia persaraan, menambah penyertaan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan meletakkan siling perlindungan kemiskinan usia yang kukuh.

“Malaysia bernasib baik kerana memiliki demografi memihak yang memberikan ruang serta masa mencukupi kepada pembuat dasar untuk bertindak,” katanya.

BANK NEGARA: CONSUMER ALERT


Consumer Alert

Bank Negara Malaysia (BNM) would like to alert the members of the public a list of companies and websites which are neither authorised nor approved under the relevant laws and regulations administered by BNM.
Please take note that the list is not exhaustive and only serves as a guide to members of the public based on information and queries received by BNM.The list will be updated regularly for public's reference.

BANK DITIPU RM 75 JUTA ?


 Utusan Malaysia pada 25 Julai 2012 telah melaporkan bahawa sebuah bank yang menjalankan aktiviti simpanan ar-rahnu telah ditipu dan dianggarkan kerugian RM 75 juta. Bagaimana perkara ini boleh terjadi?  Menurut laporan poliskegiatan itu dipercayai melibatkan orang dalam sehingga menyebabkan pinjaman diluluskan dan pembayaran telah dibuat kepada kumpulan sindeket berkenaan.


Oleh itu kepada kita juga yang minat melabur dalam apa juga jenis pelaburan tidak terlepas dari diperdayakan oleh mana-mana pihak yang mengakui mereka adalah penjual emas. Oleh itu saya nasihatkan kepada anda semua agar sentiasa berhati-hati dalam memilih sesuatu pelaburan.

Kita boleh dapatkan nasihat dan panduan dari Bank Negara Malaysia tentang pelaburan emas seperti di bawah.

 

Consumer Alert

Bank Negara Malaysia (BNM) would like to alert the members of the public a list of companies and websites which are neither authorised nor approved under the relevant laws and regulations administered by BNM.
Please take note that the list is not exhaustive and only serves as a guide to members of the public based on information and queries received by BNM.The list will be updated regularly for public's reference.

Isnin, 23 Julai 2012

PURATA NILAI RINGGIT (DOLLAR COST AVERAGING)



Prinsip “Purata Nilai Ringgit” ialah satu keadah pelaburan di mana pelabur melaburkan satu amaun yang tetap secara berjadual dalam satu tempoh masa yang panjang (melebihi 1 tahun).

Dengan kaedah ini pelabur akan mendapat jumlah unit yang kurang ketika harga tinggi dan unit yang lebih apabila harga rendah. Di akhir tempoh berkenaan, pelabur akan mendapat purata kos yang lebih rendah bagi unit-unit yang dipegang berbanding harga purata unit-unit bagi tempoh berkenaan.


Kaedah ini adalah satu cara untuk mengatasi kerugian dan kesukaran untuk meramalkan keadaan pasaran semasa. Dengan mengaplikasikan prinsip Pemurataan Nilai Ringgit, pelabur membuat pelaburan dengan amaun yang tetap mengikut jadual tertentu tanpa perlu risau dengan trend pasaran semasa, contohnya RM 500.00 pada setiap bulan, sepanjang tahun. Ianya nampak seakan regular saving yang kita lakukan dalam bank, walaubagaimanapun sekiranya kita lakukan dalam pelaburan ianya akan memberi pulangan keuntungan yang tinggi.



Dengan Kaedah pelaburan mengikut prinsip Pemurataan Nilai Ringgit dapat mengelakkan  /mengurangkan pelabur dari menanggung risiko kerugian yang lebih tinggi dalam pelaburan secara sekaligus dalam dengan  jumlah yang besar.



Untuk mengetahui keterangan lanjut cara melabur Regular saving dalam pelaburan boleh hubungi saya di talian 012-3970089

NILAI RINGGIT TERKUMPUL



Sekiranya anda mengetahui tentang Compounded dalam pelaburan, anda pasti teruja untuk terus membiarkan wang pelaburan anda & keuntungan tahunan untuk terus dilaburkan. Kenapa begitu?

Faedah Terkumpul ialah satu keadah pelaburan di mana segala pendapatan dari samada Kenaikan Nilai Modal (kenaikan harga unit) dan pengagihan (dividen) sesuatu dana dari tahun kewangan yang sebelumnya dilaburkan semula secara automatik di permulaan tahun kewangan berikutnya.

Keadah ini memberi kesan yang amat ketara ke atas nilai pelaburan pelabur. Ia membantu mempercepatkan objektif /matlamat pelaburan sesuatu dana dicapai.


Oleh itu sekiranya anda membiarkan wang pelaburan anda & keuntungan tahunan terus dalam pelaburan untuk jangka masa panjang ia pasti akan mengujakan diri anda kerana keuntungan itu akan berlipa kal ganda berbanding dengan sekiranya anda mengeluarkan keuntungan setiap tahun yang diberikan. Memang keuntungan tahunan itu milik anda, tetapi apakah tujuan kita melabur? adakah untuk keuntungan yang kecil atau keuntungan yang lebih besar? atau adakah untuk jangkamasa pendek? atau untuk jangka masa yang lebih panjang? FIKIR-FIKIRKANLAH & RENUNG-RENUNGKANLAH !

Untuk keterangan lanjut hubungi saya 012-3970089


SIMPANAN BULANAN UNTUK DAPATKAN RM500,000 UNTUK PERSARAAN



Apakah persediaan untuk menghadapi persaraan? suidah bersediakah kita dengan simapan bulanan yang kita lakukan hari ini untuk mendapatkan RM 500, 000.00 pada hari persaraan kita ketikia usia menjangkau 65 tahun?

Untuk mendapatkan RM 500,000.00 menjangkau usia 65 tahun, sebenarnya bukanlah pada usia 55 @ 60 tahun baru kita menyimpan, tetapi persediaan menghadapi persaraan perlu dilakukan mulai hari ini. terutama bagi anda golongan muda dalam lingkunga 20 ke 25 tahun. Kenapa begitu? Simpanan bulanan yang anda lakukan sebanyak 10% dari pendapatan anda pada usia yang muda membuatkan anda menjadi Millionaire pada masa persaraan anda.

Kerana pada usia yang muda anda perlu membuat regular saving pada jumlah yang sedikit berbanding sekiranya anda mula menabung pada usia yang sudah lebih berumur seperti 40 @ 50 tahun.




Contoh di atas menjelaskan bahawa sekiranya kita memerlukan RM 500,000.00 pada usia persaraan 65 tahun, kita hanya perlu membuat simpanan bulanan RM 78.41 bermula pada usia 25 tahun. Tetapi simpanan bulanan kita akan meningkat 3x ganda lebih tinggi iaitu RM 219.36 sekiranya kita baru mula menyimpan pada usia 35 tahun. Apatah lagi sekiranya usia kita telah meningkat pada 45 tahun, kita perlu membuat simpanan bulanan yang lebih tinggi iaitu lebih 8x ganda bersamaan RM653.00 sebulan.


Manakala Simpanan bulanan kita akan lebih tinggi sekiranya kita baru bermula untuk membuat simpanan pada usia 55 tahun iaitu lebih dari 31x ganda berbanding kita mula menyimpan pada usia 25 tahun. Pengiraan ini sekadar anggaran kasar yang di kira pada kadar 10% kadar keuntungan tahunan. Cuba anda bayangkan berapa anda akan dapat sekiranya keuntungan tahunan itu lebih tinggi dari 10% ! Contoh seperti Kenanga Syariah Growth Fund (KSGF) memberi pulangan tahun 2011 16.93%. Sekiranya anda berminat ketahui lebihlanjut lagi hubungi saya di 012-3970089 @ abumawaddah@gmail.com







Selasa, 17 Julai 2012

Cukupkah Simpanan KWSP kita apabila bersara kelak?


Pernahkah kita terfikir, Apakah yang akan berlaku selepas persaraan kita kelak? Cukupkan duit simpanan KWSP kita pada waktu itu?  Mungkin pada usia mencecah 58 @ 60 tahun atau mungkin 3 tahun selepas persaraan, kita sudah tidak ada apa-apa dana lagi dalam KWSP ! Cukupkah RM 200,000.00 - 400,000.00 dalam simpanan KWSP.

Lazimnya di usia persaraan seharusnya dilalui dengan tenang dan bahagia bersama ahli keluarga. Lebih banyak masa mungkin ditumpukan kepada hal-hal kemasyarakatan dan urusan ibadah.
Namun bagi yang kurang bernasib baik, mereka terpaksa menempuhi usia persaraan dalam keadaan tertekan dan sengsara. Keadaan begini memang sering terjadi apatah lagi bagi pesara yang tidak mempunyai simpanan mencukupi untuk menampung kos hidup selepas bersara. Sekarang pun, ramai golongan pesara terpaksa bekerja (walaupun sudah kurang cergas) semata-mata untuk menampung kos hidup yang semakin meningkat.

Tahukah anda, mengikut kajian, purata jangka hayat rakyat Malaysia bagi lelaki ialah 75 tahun dan 78 tahun bagi perempuan. Ini bermakna bagi kaum lelaki, perlu ada persediaan untuk menjalani kehidupan bagi tempoh sekitar 20 tahun (bersara pada usia 55 tahun), manakala bagi kaum perempuan perlu bersiap sedia untuk tempoh kehidupan persaraan sekitar 23 tahun. Bayangkan berapakah persediaan dari segi kewangan bagi membolehkan anda bersara dalam keadaan tenang dan selesa.


Sebagai contoh, sekiranya perbelanjaan bulanan anda ialah RM3000, anda memerlukan sebanyak RM36,000 setahun.Jadi untuk membolehkan terus membiayai perbelanjaan bulanan anda sebanyak RM3000 sebulan, selama 20 tahun, anda akan memerlukan sejumlah RM720,000.00 (RM: Tujuh Ratus Dua Puluh Ribu). Harus diingat, jumlah RM3000 bagi perbelanjaan sebulan bukanlah satu jumlah yang besar, mengambilkira kadar inflasi dalam tempoh 10, 15 atau 20 tahun akan datang.

Paling ketara ialah perbelanjaan perubatan akan meningkat seiring dengan peningkatan usia. Hanya pesara yang telah membuat persediaan rapi akan mampu menerima rawatan di hospital-hospital kelas pertama, yang lain pula sekadar boleh mendapatkan rawatan kelas ketiga di hospital-hospital kerajaan. Tentunya pada usia emas sebegini kita mahu mendapatkan layanan yang cepat dan terbaik.

Adalah satu kesilapan besar untuk meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada anak-anak kerana masa depan dan kehidupan anak-anak dalam tempoh 10, 15 atau 20 tahun akan datang pastinya lebih mencabar, terutama dari segi kos hidup yang tinggi. Kalau sekarang, sudah ramai anak-anak yang menghantar ibu atau bapa ke rumah orang-orang tua, hal ini mungkin akan menjadi suatu perkara biasa dalam 10 atau 15 tahun akan datang.

Jadi adalah teramat penting untuk semua individu bersedia dari segi kewangan untuk menghadapi hari-hari persaraan yang pasti tiba (jika ditakdirkan Allah swt panjang usia).Simpanan KWSP yang diwajibkan oleh kerajaan ke atas semua pekerja dan majikan adalah salah satu daripada pelan persediaan dari segi kewangan bagi menghadapi hari-hari persaraan. Simpanan KWSP ini adalah amat penting, namun persoalannya ialah adakah jumlah simpanan KWSP anda mencukupi apabila anda bersara kelak? Agak-agaknya, adakah simpanan KWSP anda bakal mencecah RM720,000 atau sekurang-kurangnya RM540,000 (75% daripada RM720,000)


Dengan kadar dividen sekitar 5% -5.5% setahun (6% bagi tahun kewangan 2011), adakah simpanan KWSP mencukupi untuk menampung kehidupan selepas bersara kelak? Tahukah anda, bagi majoriti pesara di Malaysia, jumlah simpanan KWSP mereka pada usia 55 tahun ialah hanya RM114,000 sahaja. Satu jumlah yang jauh daripada mencukupi (mengikut perkiraan di atas). Memang ini benar, hampir 75% daripada golongan pesara ini menghabiskan kesemua simpanan mereka hanya dalam tempoh kurang dari tiga tahun! Inilah satu perkara yang amat membimbangkan.

Pihak KWSP membenarkan pencarum yang layak untuk mengeluarkan sebahagian daripada akaun 1 dan dilaburkan ke dana-dana unit amanah terpilih. Ini bertujuan untuk membolehkan simpanan pesaraan pelabur mendapat pulangan yang lebih tinggi, sekaligus meningkatkan jumlah simpanan persaraan ke satu amaun yang berkali ganda lebih tinggi, berbanding jika pencarum tidak mengambil apa-apa tindakan.

Kelonggaran yang diberikan oleh pihak KWSP adalah satu-satunya peluang keemasan yang harus direbut oleh semua pencarum kerana pelaburan unit amanah berpotensi memberikan pulangan di antara 12% – 15% setahun untuk satu pelaburan jangka panjang(10,15, 20 tahun). Perbezaan di antara pulangan hasil pelaburan unit amanah dan dividen KWSP ini adalah AMAT KETARA dan memberikan impak jangka panjang yang amat besar ke atas jumlah simpanan pencarum.
Sebagai contoh, sejumlah RM30,000 yang disimpan terus dalam KWSP selama 15 tahun dengan pulangan 5% setahun akan bertambah menjadi RMXXXX manakala jumlah yang sama (RM30,000), jika dilaburkan ke unit amanah dalam tempoh yang sama (15 tahun) akan menjadi RMxxx,dengan kadar pulangan 12% setahun. Perbezaan ini adalah AMAT KETARA, manakala pelabur sememangnya berpotensi cerah untuk memperolehi pulangan 12% setahun (bahkan lebih tinggi mencecah 15%) bagi pelaburan unit amanah. Jadi pencarum yang berusia 40 tahun sekarang dan layak melabur sebanyak RM30,000 ke unit amanah bakal menikmati simpanan yang jauh lebih besar pada usia 55 tahun kelak berbanding yang tidak berbuat demikian.

Pelaburan ke unit amanah adalah satu-satunya peluang anda sebagai pencarum KWSP untuk mencorakkan sendiri pelan persaraan anda. Untuk sebahagian lagi simpanan akaun 1 KWSP iaitu Simpanan Asas, boleh dikatakan anda tidak mempunyai hak mutlak kerana tidak dibenarkan untuk berbuat apa-apa ke atas simpanan itu, hanya menunggu anda mencapai usia persaraan dan menerima apa sahaja dividen yang diagihkan oleh pihak KWSP (walaupun sebenarnya simpanan itu adalah milik anda).

Bukankah sangat-sangat merugikan sekiranya anda tidak mengambil langkah segera untuk melaburkan sebahagian akaun 1 anda ke unit amanah sedangkan anda tahu, tidak ada pilihan lain yang tersedia untuk anda! Langkah untuk melaburkan sebahagian amaun simpanan KWSP anda, adalah SATU-SATUNYA PILIHAN yang boleh diambil sebagai langkah persediaan persaraan yang lebih bijak. Rekod-rekod sejak lebih 10 tahun juga menunjukkan pulangan pelaburan unit amanah TIDAK PERNAH lebih rendah atau sama dengan kadar dividen KWSP, kebiasaannya adalah sekali atau dua kali ganda daripada kadar dividen KWSP.

Sebagai seorang yang bijak dan berwawasan, contohilah langkah yang telah diambil oleh kira-kira 1 juta pencarum KWSP di seluruh negara terdiri daripada pelbagai latarbelakang pekerjaan seperti doktor, pensyarah, jurutera, peguam, eksekutif, pegawai dan pekerja-pekerja sokongan, semuanya telah membuat pelaburan ke unit amanah melalui pengeluaran simpanan KWSP mereka.

Tindakan bijak anda hari ini bakal “menyelamatkan” anda apabila bersara kelak. Jangan biarkan anda sesal di kemudian hari. Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya ditalian 012-397 0089 atau melalui email abumawaddah@gmail.com

Isnin, 16 Julai 2012

Kenanga Syariah Growth Fund: Highest Return & Low Risk


Tahniah sekali lagi kepada Kenanga Syariah Growth Fund (KSGF) kerana masih lagi mengungguli pelaburan jangka masa panjang dan telah menerima anugerah " The EDGE-Lipper Award Best Malaysian Equity Islamic fund For 3-Years & 5- Years untuk tahun 2011"

Untuk tahun 2011 KSGF memberi pulangan tahunan 16.93% dan di ikuti oleh Kenanga Islamic pada 13.01%. Walaupun KSGF  growth pelaburan dan memberi pulangan yang tinggi, tetapi KSGF dapat mengkalkan prestasi pelaburannya pada risiko yang amat rendah.



Sekiranya anda berminat untuk mencuba atau menambah pelaburan dalam unit trust, Kenanga Syariah Growth Fund adalah fund yang terbaik untuk dijadikan pilihan pelaburan anda kerana ianya memberi pulangan yang konsiten menurut lipper analys.

Daily Fund Prices

http://www.kenangainvestors.com.my/

Menggandakan Simpanan EPF / KWSP Melalui Unit Trust


Antara cara paling mudah untuk membuat pelaburan dalam unit amanah ialah melalui Skim Pengeluaran KWSP (Akaun 1). Skim ini memberi kemudahan kepada pemegang akaun KWSP yang layak untuk melabur sebahagian daripada amaun akaun 1 dalam dana-dana unit amanah yang diluluskan oleh pihak KWSP.

Baru-baru ini, pihak KWSP mengumumkan dividen bagi tahun kewangan 2011 sebanyak 6% kepada semua pencarum. Ini adalah kadar dividen tertinggi dalam tempoh 10 tahun. Secara purata kadar dividen simpanan KWSP ialah di sekitar 5.5% setahun. Perlu diingat bahawa kadar inflasi di Malaysia ialah di sekitar 3% setahun. Dari segi nilai sebenar, simpanan KWSP anda hanya tumbuh sekitar 2.5% peratus setahun.

Persoalannya adakah pulangan sebanyak ini memadai bagi membolehkan anda mempunyai satu jumlah simpanan yang mencukupi apabila bersara pada usia 55 tahun kelak? Jawapannya, secara purata jumlah simpanan KWSP bagi pesara di Malaysia ialah hanya RM114,000 sahaja dan lebih membimbangkan mengikut satu kajian yang dijalankan oleh pihak KWSP, majoriti pesara habis menggunakan simpanan mereka hanya dalam tempoh kurang daripada 3 tahun! Akibatnya pesara terpaksa kembali bekerja untuk menampung kehidupan manakala golongan pesara yang uzur kerana masalah kesihatan terpaksa membebankan anak-anak atau mengharapkan belas ikhsan badan-badan kebajikan.



Secara umumnya, pelaburan unit amanah untuk satu jangka masa panjang (10 tahun ke atas) berpotensi memberikan pulangan di antara 12% – 17% setahun. Satu perbezaan yang amat ketara berbanding dividen yang diagihkan oleh pihak KWSP, namun adalah tidak adil untuk membuat perbandingan begini kerana objektif simpanan KWSP ialah pengekalan/simpanan manakala objektif pelaburan unit amanah ialah pertumbuhan modal dan keuntungan jangka panjang.
Tidak ada pilihan lain, langkah paling bijak bagi setiap pemegang akaun KWSP untuk memperolehi pertumbuhan kepada simpanan persaraan yang agak “beku” dalam akaun KWSP ialah dengan melabur dalam unit amanah.

Alangkah amat rugi sekiranya seseorang pencarum tidak berbuat apa-apa terhadap akaun KWSPnya, sedangkan pihak KWSP sendiri melihat kaedah membenarkan pencarum membuat pelaburan ke unit amanah sebagai satu keadah terbaik bagi meningkatkan jumlah simpanan persaraan pencarum.
Dana-dana unit amanah yang mendapat kelulusan pihak KWSP ialah dana-dana terpilih yang memenuhi kriteria tertentu dan tidak “membahayakan” simpanan pencarum. Dana-dana yang diluluskan ini secara umumnya mempunyai rekod pulangan yang baik dan tidak terlalu mendedahkan simpanan pencarum kepada tahap risiko yang terlalu tinggi.


Menerusi Skim Pengeluaran KWSP, pencarum boleh membuat pelaburan ke dana amanah sekali dalam setiap 3 bulan manakala amaun yang dibenarkan ialah sebanyak 20% daripada lebihan Amaun Simpanan Asas seseorang pencarum.

Sebagai contoh, En. Mohamad berusia 33 tahun dan jumlah akaun 1 KWSP beliau ialah RM55,000. Amaun Simpanan Asas yang ditetapkan oleh KWSP bagi usia 33 tahun ialah RM24,000. Jadi En. Ahmad boleh melabur sebanyak RM6,200. Pengiraanya ialah:
(Jumlah Akaun 1 – Amaun Simpanan Asas) x 20%
(RM55,000 – RM24,000) x 20% = RM6,200



Untuk maklumat lebih lanjut, anda emailkan maklumat mengenai simpanan KWSP anda iaitu Nama, No.ic, Alamat & Jumlah akaun 1 kepada saya untuk mengetahui amaun boleh labur ke unit amanah.

Split Unit Bermula Jun 2012

Bermula 1 Jun 2012 NAV baru bagi Kenanga Syariah Growth Fund (KSGF) RM 1.00/unit. Split unit ini diberikan kepada semua pelabur yang masaih melabur dalam KSGF sehingga 31 Mei 2012. Bermakna siapa yang melabur sehingga sebelum Jun 2012 akan mendapat pecahan unit 1:2.

Contohnya sesiapa yang sudah mempunyai 1000 unit maka selepas split unit mereka akan mendapat 2000 unit lagi. Oleh itu jumlah unit yang ada pada mereka sebanyak 3000 unit. Itu adalah hadiah yang diberikan kepada pelabur dalam KSGF kerana kepercayaan dan komitmen mereka terus melabur dalam KSGF.

Bukan itu sahaja, malahan dengan split unit ini juga memberi peluang besar kepada pelabur baru kerana pada harga yang rendah iaitu RM 1.00 berbanding sebelum unit split harga KSGF sudah melebihi RM 3.00.

Oleh itu sekarang adalah waktu paling baik untuk anda melabur @ menambah pelaburan dalam KSGF. Sebarang pertanyaan boleh teruss hubungi saya di talian 012-397 0089 atau email abumawaddah@gmail.com.